Monday, June 18, 2012

Penyelongkaran Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba

Ceramah Dato' Thamrin Tu Ghafar Baba  di Markaz Pas Kaw. Gelang Patah 17 Jun 2012 (Kg Ulu Pulai) Ceramah Dato' Thamrin Tu Ghafar Baba penuh fakta dan sant...

Saturday, June 16, 2012

Ceramah Isu Semasa YB Salahuddin Ayub di Taman Pulai Indah 15 Jun 2012

Kerajaan yang bertanggungjawab seharusnya mengelakkan PRU 13 diadakan semasa musim menunaikan Ibadah Haji. Kerajaan kini masih ttidak dapat melaksanakan PRU 13 adalah disebabkan banyak masalah dalaman BN dan persepsi terhadap Kerajaan BN yang terjejas ter...

Thursday, May 10, 2012

Rayuan Dana Pilihanraya Umum ke 13 PAS Kawasan Gelang Patah

...

Friday, April 6, 2012

Kerajaan Negeri Johor Gagal Selesaikan Masalah Perumahan Terbengkalai Bandar Pulai Jaya?

NUSAJAYA - Impian 314 orang penduduk sekitar untuk menduduki rumah yang dibeli di Bandar Pulai Jaya terus menjadi tanda tanya apabila rumah yang dijanjikan akan siap masih lagi terbengkalai. Rumah yang mula dibina sejak tahun 2005 itu sepatutnya sudah boleh diduduki penduduk sejak tahun 2007 lagi. Namun, rumah yang dibeli masih lagi gagal disiapkan oleh pemaju iaitu Renewed Group Global Sdn Bhd. Nyata kecewa dengan sikap pemaju yang gagal menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai itu, beberapa orang wakil penduduk bertindak untuk menemui Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Kawasan...

Thursday, March 22, 2012

Gerakan ABAI Johor Tidak Beretika

Kangkar Pulai - Pusat Aduan Rakyat Nusajaya (PAR Nusajaya) mendapat laporan dari penduduk setempat bahawa beberapa kejadian vandalisme telah berlaku di sekitar pekan Kangkar Pulai.        Kejadian vandalisme itu dilaporkan sebenarnya telah dilakukan hampir sebulan dan rata-ratanya menyatakan bahawa contengan perkataan ABAI yang dilakukan di beberapa papan tanda disepanjang jalan ke pekan Kangkar Pulai itu adalah hasil tindak balas terhadap penubuhan dan gerakan Sekateriat Asal Bukan UMNO (ABU).        Kesan tindakan vandalisme tersebut menyebabkan papan tanda disekitar pekan tersebut...

Wednesday, March 21, 2012

Demonstrasi Aman Pemuda PAS Johor menghalang penjualan KFCH kepada Yahudi

 Demonstrasi Aman Menghalang Penjualan KFCH kpd CVC dari DPPNJ di KFC Larkin Pd Sabtu 5 ptg 17 Mac 20...

Thursday, March 1, 2012

Hilang Melayu Kerana UMNO

Isu pengambilan tanah pengkalan pendaratan ikan Kampung Ladang Hujung oleh Iskandar Investment Berhad. Tanah ini pada mulanya telah dimohon oleh Persatuan Nelayan Kampung Ladang  pada awalnya tetapi Kerajaan Johor telah mengurniakan kawasan tanah tersebut dan kawasan sekitarnya termasuk Kampung Pendas Laut seluas 660 ekar kepada KPRJ. Tanah tersebuta akhirnya telah dijual kepada Iskandar Investment Berhad. Penduduk kampung kian tertekan lantaran pihak Iskandar Investment Berhad secara undang-undangnya berhak memiliki tanah terseb...

Monday, February 20, 2012

Sumbangan di Surau Al-Rashidin kampung Paya Mengkuang

   Gelang Patah, 19 Februari 2012: Sebanyak 15 keluarga di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah telah mendapat bantuan melalui sumbangan peribadi dari Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj Dzulkefly Ahmad.       Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Surau Al Rashidin Kampung Paya Mengkuang disertai oleh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Rashidin, penerima sumbangan dan penduduk kampung tersebut.     Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zaifiddin Isa, Ketua Pemuda PAS Gelang Patah selaku wakil kepada penyelia PAR Nusajaya.      Pihak jawatankuasa surau...

Friday, February 17, 2012

Kenyataan Media

Kelab Wartawan, Taman Maju Jaya, 16 Februari 2012 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman keatas rumah dan kereta Tn.Hj Zulkefli b. Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor) yang mana tragedi ini adalah amat serius,dan Pas Negeri Johor berpendapat tragedi ini adalah suatu cubaan membunuh beliau sekeluarga. Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor berharap pihak Polis dan Jabatan yang kekaitan membuat siasatan yang menyeluruh dan telus sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat.Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor telah membuat keputusan akan terus mendesak ,Johor Corporation(Jcorp)...

Monday, February 13, 2012

Penduduk Kampung Orang Asli Simpang Arang Tiada Pembelaan

Gelang Patah, 13 Februari 2012 - Penduduk kampung perkampungan nelayan orang asli Simpang Arang, Gelang Patah semakin tertekan lantaran sumber keperluan hidup semakin sukar diperolehi. Penyelia Pusat aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan Program Jelajah Perkampungan Orang Asli Simpang Arang bagi menyelami dan bertindak untuk memperkasakan agenda kebajikan di perkampungan tersebut pada Ahad lalu seawal 9.00 pg.          Salah seorang pemimpin dari kampung tersebut yang lebih mesra dikenali sebagai En. Amin turut membantu Rombongan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya untuk menyantuni dan menghulurkan...

Wednesday, February 8, 2012

Dewan Pemuda PAS Pusat Mengecam Tindakan Pengeboman Kereta Hj. Dzulkefly Ahmad

  PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat pada Jumaat mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru, awal pagi tadi. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Noor menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh individu tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani bersemuka dengannya. "Kejadian itu dilihat sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS itu," katanya menerusi satu kenyataan media, Jumaat. Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS,...

BMW, Rumah TPJ Johor Terbakar, Dipercayai Khianat

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini. Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas. "Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan...

Monday, February 6, 2012

Saya Tidak Akan Berundur

NUSAJAYA, 6 Feb 2012: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa beliau tidak akan patah semangat dan tidak akan undur setapak kebelakang walaupun rumah dan kereta beliau dibom pada kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi, 3 Februari yang lalu. Menurut kenyataan pegawai forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor kira-kira pada 12.30 tengah hari Jumaat lalu, besar kemungkinan bahawa punca kebakaran dan letupan adalah disebabkan kombinasi letupan bom beserta thinner yang dipasang di atas enjin kereta BMW. Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak...

Thursday, January 19, 2012

Dr Ahmad Yunus Hairi Dilantik Exco Selangor Mengantikan Hasan Ali

SHAH ALAM, 18 JANUARI : ADUN Sijangkang  Dr Yunus Hairi dilantik menjadi exco Selangor. Beliau mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini. Yunus Hairi menggantikan Dr Hasan Ali yang dipecat oleh PAS pada 8 Januari lepas dan digugurkan menjadi exco Selangor pada 13 Januari lalu. Gambar Oleh : Facebook MB Selangor (Gambar Di atas : Sinar Harian) Yunus Hairi kini memegang Exco Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan. Manakala portfolia Hal Ehwal Islam,Infrastruktur dan Kemudahan Asas dipegang oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebelum ini, beliau merupakan...

SOKONGAN MASYARAKAT CINA JOHOR MENINGKAT

GELANG PATAH, 18 Januari 2012 – PAS Kawasan Gelang Patah sekali lagi bersama-sama masyarakat Cina setempat dengan mengadakan aktiviti mengedar buah limau dan kad ucapan Selamat Tahun Baru Cina serta kalender tahun 2012 kepada mereka sempena Tahun Baru Cina yang akan tiba minggu depan. Program edaran ini dijayakan bersama Yang Di-Pertua PAS Kawasan Gelang Patah, Tuan Haji Dzulkefly Bin Ahmad dan juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Gelang Patah, Ustaz Zaifidin Isa. Edaran ini berjalan di sekitar kawasan pekan Gelang Patah melibatkan premis-premis perniagaan runcit, gerai-gerai makan dan kedai membaiki kenderaan. Tuan Haji Dzulkefly sempat...

Wednesday, January 18, 2012

Felda Cahaya Baru: Kamu terimalah akibatnya .

ALOR SETAR, 17 Jan: "Sudah tidak boleh buat apa-apa lagi, nasi sudah menjadi bubur. Kamu semua yang menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat itu untuk dimajukan, jadi sekarang kamu sendirilah yang mesti menerima akibatnya." Begitulah kata-kata pemimpin-pemimpin Umno apabila 377 peneroka Felda Cahaya Baru di Masai, Johor Bahru, Johor mengadu kepada pemimpin-pemimpin pati itu, setelah menyedari mereka menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan tanah-tanah milik mereka tergadai. Pada hal, kejadian itu berlaku setelah mereka dipengaruhi oleh para pemimpin Umno sendiri agar menyerahkan tanah-tanah...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More