Monday, February 20, 2012

Sumbangan di Surau Al-Rashidin kampung Paya Mengkuang

  
Gelang Patah, 19 Februari 2012: Sebanyak 15 keluarga di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah telah mendapat bantuan melalui sumbangan peribadi dari Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj Dzulkefly Ahmad. 


     Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Surau Al Rashidin Kampung Paya Mengkuang disertai oleh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Rashidin, penerima sumbangan dan penduduk kampung tersebut
.
     Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zaifiddin Isa, Ketua Pemuda PAS Gelang Patah selaku wakil kepada penyelia PAR Nusajaya.

     Pihak jawatankuasa surau yang telah menganjurkan majlis tersebut merakamkan rasa gembira dengan sumbangan yang telah dihulurkan kepada penduduk setempat yang layak menerima sumbangan kerana membantu dalam menperkasakan agenda kebajikan dan mengimarahkan Surau Al-Rashidin.

     Majlis penyampaian sumbangan tersebut diadakan selepas berakhirnya Majlis Sambuatan Maulidurrasul Surau Al-Rashidin.

Friday, February 17, 2012

Kenyataan Media


Kelab Wartawan, Taman Maju Jaya, 16 Februari 2012 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman keatas rumah dan kereta Tn.Hj Zulkefli b. Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor) yang mana tragedi ini adalah amat serius,dan Pas Negeri Johor berpendapat tragedi ini adalah suatu cubaan membunuh beliau sekeluarga.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor berharap pihak Polis dan Jabatan yang kekaitan membuat siasatan yang menyeluruh dan telus sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor telah membuat keputusan akan terus mendesak ,Johor Corporation(Jcorp) membatalkan cadangannya mengambil alih KFC Holdings Berhad dan QSR Brand Berhad melaluai syarikat Massive Equity Sdn Bhd (MESB).Pengambilalihan tersebut memberi implikasi besar kepada bumiputra apabila 49% saham didalam KFC dan QSR akan terlepas kepada syarikat asing melaluai pemilikan 49% saham oleh Citigroup Venture Capital (CVC) dalam MESB.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan meneruskan penerangan kepada seluruh rakyat Johor dan tidak akan berundur walau seinci pun memperjuangkan isu tersebut sehingga,Johor Coporation (Jcorp) membatalkan hasratnya mengambil alih KFC dan QSR untuk dijual kepada pihak asing.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor akan mengadakan Road Show Penerangan secara besaran diseluruh daerah pada 19 Feb 2012 (Ahad), untuk menjelaskan sepada seluruh rakyat Johor tentang isu tersebut.Road Show tersebut diketuai oleh Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man(Ketua Penerangan Pas Pusat),sempena konvoi penerangan Pas Pusat melawat Negeri Johor.Road Show tersebut bermula awal pagi,kuliah subuh,bersarapan bersama rakyat,Hi-Tea,program kebajikan dan edaran risalah sehingga acara kemuncak ceramah perdana seluruh Johor.Diantara kepimpinan yang bersama menyemarakkan Road Show tersebut YB.Dato Mahfuz Omar (Naib Presiden),YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden),Dato Seri Nizar Jamaluddin (AJK Pas Pusat),Kepimpinan Pemuda,Muslimat dan Ulamak Pas Pusat.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengharapkan Road Show tersebut akan memberikan penjelasan dan kefahaman kepada seluruh rakyat Johor implikasi buruk kesan dari pengambil alihan KFC dan QSR

HAJI GHAZALEY B. HJ AYIUB
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor


s.k.       1. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
            2. Setiausaha Perhubungan Pas Johor 

Monday, February 13, 2012

Penduduk Kampung Orang Asli Simpang Arang Tiada Pembelaan

Gelang Patah, 13 Februari 2012 - Penduduk kampung perkampungan nelayan orang asli Simpang Arang, Gelang Patah semakin tertekan lantaran sumber keperluan hidup semakin sukar diperolehi. Penyelia Pusat aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan Program Jelajah Perkampungan Orang Asli Simpang Arang bagi menyelami dan bertindak untuk memperkasakan agenda kebajikan di perkampungan tersebut pada Ahad lalu seawal 9.00 pg.


 

       Salah seorang pemimpin dari kampung tersebut yang lebih mesra dikenali sebagai En. Amin turut membantu Rombongan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya untuk menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung. Beliau telah membawa rombongan bertemu dengan kebanyakan penduduk kampung disamping menyelami kesempitan hidup yang membelenggu kehidupan mereka apabila dinafikan hak oleh kerajaan negeri.

       Menurut respon temubual Tn Hj Dzulkefly Ahmad bersama penduduk kampung tersebut, rata-rata nelayan di kapung terbabit semakin tertekan lantaran hasil tangkapan ikan, udang, ketam dan hasil-hasil lain yang boleh diperolehi sebelum ini di hutan paya bakau yang berdekatan semakin berkurangan.

       En. Tualem antara salah seorang wakil penduduk yang berkemungkinan menjadi Tok Batin baru kampung tersebut menyatakan bahawa, “Sekarang kalau nak keluar mencari ikan bagi seseorang nelayan bagi mendapatkan 2 kilogram ikan pun susah.”


       Beliau juga menyatakan bahawa perkara ini berlaku rentetan pembangunan yang dijalankan oleh banyak pihak seperti pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah menyebabkan tempat pembiakan hasil laut musnah terutamanya ikan, udang dan ketam sangat terjejas.

       Menurut Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad, pihak kerajaan sememangnya mempunyai prosedur dalam membuat penilaian semula kesan  kerosakan dari projek pembangunan  terhadap kerosakan ekosistem setempat setelah sesuatu tempoh pembangunan disiapkan. Prosedur penilaian kerosakan ini juga memang terdapat semasa menjalankan pembangunan.

       Ironinya, kenapa pihak kerajaan masih member kelulusan meneruskan projek disekitar perkampungan orang asli yang juga merupakan kelompok nelayan tradisi di Gelang Patah. Kalaupun pihak kerajaan telah mengetahui kadar kerosakan ekositem yang berlaku, masih tiada apa-apa tindakan yang diambil.

       Rombongan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya turut turun rumah ke rumah bagi mengintai nasib keluarga-keluarga nelayan yang terjejas disamping menghulurkan bantuan yang sepatutnya bagi mengurangkan  tekanan hidup mereka.

       Pusat Aduan Rakyat Nusajaya juga turut membekalkan batuan beras kepada kira- kira 180 buah rumah penduduk di Kampung Simpang Arang yang akan diagihkan sendiri oleh wakil penduduk kampung yang diketuai oleh En. Tualem dan En. Amin.



      Kedatangan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya ke kampung tersebut membuatkan penduduk kampung sangat gembira dan terhibur.

  

Wednesday, February 8, 2012

Dewan Pemuda PAS Pusat Mengecam Tindakan Pengeboman Kereta Hj. Dzulkefly Ahmad

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat pada Jumaat mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru, awal pagi tadi.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Noor menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh individu tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani bersemuka dengannya.

"Kejadian itu dilihat sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS itu," katanya menerusi satu kenyataan media, Jumaat.

Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menerima nasib sama apabila rumahnya dilontar Molotov Cocktail oleh individu tidak bertanggungjawab dalam cubaan untuk membakar rumah beliau.

"Kami bimbang dengan tindakan ala 'gangster atau mafia' yang diamalkan oleh sesetengah pihak di negara ini," katanya.

Riduan berkata, perbuatan itu dilakukan seolah-olah sebagai memberi mesej dan amaran kepada pemimpin PAS supaya tidak sesekali berani bangkit membantah kezaliman.

Sehubungan itu, beliau meminta polis menyiasat kejadian tersebut secara terperinci dan berharap insiden itu tidak berulang kembali pada masa akan datang.

"Kami turut mendoakan semoga Dzulkefly Ahmad sekeluarga tabah menghadapi ujian yang melanda dan semga ujian ini akan menguatkan beliau dalam perjuangan ini," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 pagi Jumaat, sebuah kereta BMW milik Dzulkefly hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kejadian itu turut mengakibatkan tingkat bawah rumahnya terbakar.

Sumber: Mstar 

BMW, Rumah TPJ Johor Terbakar, Dipercayai Khianat



JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini.


Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas.

"Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah.

"Tidak lama kemudian satu lagi letupan kuat berlaku. Kami kejut semua anggota keluarga dan buat keputusan untuk keluar ke pintu belakang dan terus menghubungi pihak bomba," katanya.

Menurutnya, pihak bomba yang tiba kira-kira beberapa minit kemudian berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ekoran kebakaran itu kereta BMW miliknya itu keseluruhannya hangus manakala bahagian ruang tamu tingkat bawah juga turut terbakar.

"BMW keseluruhannya hangus, sebuah lagi kereta Camry yang diletak di sebelahnya, separuh terbakar tapi saya rasa masih boleh dibaiki.

"Bagaimanapun saya bersyukur sebab tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya sambil memaklumkan telah membuat laporan polis.

Polis dan unit forensik dari Balai Polis Impian Mas yang datang sejurus kemudian telah menemui satu tong di hadapan rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk mengisi minyak petrol.

Sementara itu, Mazlan Aliman dalam respons segeranya memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.

"Badan Perhubungan PAS Johor dukacita dengan insiden ini.

"Saya mengesyaki ini cubaan membunuh, bukan perbuatan khianat biasa lagi ni. Nasib baik Haji Dzul dan keluarga sempat melarikan diri," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu.

Dzulkefly sebelum ini menurut Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Sehubungan itu, beliau yang turut bergegas ke tempat kejadian awal pagi tadi mendesak pihak polis menjalankan siasatan terperinci agar pihak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Kita yakin dengan kepakaran pihak polis, dan kita harap polis menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Sumber: HarakahDaily

Monday, February 6, 2012

Saya Tidak Akan Berundur


NUSAJAYA, 6 Feb 2012: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa beliau tidak akan patah semangat dan tidak akan undur setapak kebelakang walaupun rumah dan kereta beliau dibom pada kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi, 3 Februari yang lalu.

Menurut kenyataan pegawai forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor kira-kira pada 12.30 tengah hari Jumaat lalu, besar kemungkinan bahawa punca kebakaran dan letupan adalah disebabkan kombinasi letupan bom beserta thinner yang dipasang di atas enjin kereta BMW.

Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak panik dan menganggap ia adalah sebahagian daripada ujian di dalam perjuangan.

" Saya tidak panik dengan kejadian yang menimpa saya dan keluarga saya ini. Semasa kejadian, saya menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari pintu belakang. Alhamdulillah saya dapat membuka pintu belakang dengan baik", jelas beliau ketika menceritakan kembali saat rumah dan kereta beliau dibakar kepada masyarakat sekitar Taman Universiti yang hadir ke majlis solat hajat untuk kejadian ini.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada saya dan keluarga. Kehadiran pemimpin dari Pakatan Rakyat dan penduduk sekitar memberi sokongan moral kepada saya. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian kepada saya dalam perjuangan ini", ujar beliau lagi.

Sementara itu, YB Salahuddin Ayob yang merupakan Naib Presiden PAS Pusat turut melahirkan kenyakinan kejadian sabotaj yang berlaku ini akan menguatkan lagi hati penyokong pakatan rakyat agar tidak gentar menghadapi musuh.



Turut bersama-sama hadir ke majlis solat hajat tersebut adalah Dato' Dr. Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Saudara Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dan Saudara Suhaizan Kaiat selaku Ketua Pemuda PAS Johor.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More