Friday, April 6, 2012

Kerajaan Negeri Johor Gagal Selesaikan Masalah Perumahan Terbengkalai Bandar Pulai Jaya?

NUSAJAYA - Impian 314 orang penduduk sekitar untuk menduduki rumah yang dibeli di Bandar Pulai Jaya terus menjadi tanda tanya apabila rumah yang dijanjikan akan siap masih lagi terbengkalai. Rumah yang mula dibina sejak tahun 2005 itu sepatutnya sudah boleh diduduki penduduk sejak tahun 2007 lagi. Namun, rumah yang dibeli masih lagi gagal disiapkan oleh pemaju iaitu Renewed Group Global Sdn Bhd.

Nyata kecewa dengan sikap pemaju yang gagal menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai itu, beberapa orang wakil penduduk bertindak untuk menemui Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah.

Dalam pertemuan ini, dalam nada kecewa wakil penduduk menyatakan kekecewaan mereka terhadap sesetengah pihak yang nyata cuba mengelak bagi membantu penduduk menyelesaikan kes mereka ini.

"Penduduk telah menghantar surat kepada Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pusat Aduan Rakyat TV3 dan juga kepada YB Aziz Sapian selaku ADUN Nusajaya. Namun tidak ada respon yang baik dari mereka terhadap aduan kami ini"

" Lebih menyedihkan apabila wakil rakyat iaitu YB Aziz Sapian seolah-olah cuma untuk menggelakkan diri dari membantu kami menyelesaikan masalah kami ini", jelas Saudara Ainul selaku wakil penduduk.

Masalah yang dihadapi ini nyata membebankan pembeli kerana mereka terpaksa. Pembeli terpaksa membayar wang kepada bank sebanyak RM800 sebulan diatas pinjaman untuk membeli rumah yang akhirnya terbengkalai ini.

Sementara itu, menurut Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad, penduduk telah mengunakan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi ini tetapi masalah ini terus menghantui mereka. Menurut beliau lagi, malangnya kerajaan negeri yang diharapkan membela rakyat sekali lagi gagal untuk membela nasib pembeli rumah di Bandar Pulai Jaya ini.

"Siapa lagi nak membela rakyat jika bukan kerajaan negeri. Malangnya kerajaan negeri tidak mengambil peduli terhadap permasalahan rakyat ini.. Kita mendesak kerajaan negeri supaya lebih serius untuk campur tangan bagi menyelesaikan masalah pembeli ini"

"Kerajaan negeri harus mengambil mudah terhadap masalah ini kerana mereka seharusnya membela penduduk yang dianiaya oleh pemaju yang tidak bertangungjawab ini. Di pihak Pakatan Rakyat, kami akan terus membantu pembeli rumah terbengkalai ini untuk menuntut hak mereka terhadap rumah yang telah mereka beli dan bayar", ujar beliau lagi semasa perjumpaan dengan beberapa orang wakil pembeli.

Sumber: NusajayaKini

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More