Friday, July 31, 2009

JAWABAN SOALAN BERTULIS YB. DR. MOHAMMAD TASLIM (ADUN MAHARANI) SEMPENA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 (JUN-JULAI 2009)

Soalan B110:

124 buah keluarga penduduk asal Kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah telah dijanjikan tanah 2 ekar seorang daripada keluasan 240 ekar.Akhirnya kerajaan hanya memberikan 1 ekar orang daripada keluasan 150 ekar. Kemanakah perginya 90 ekar tanah dan benarkah sebahagiannya tergadai pada bank oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)?

Apakah pampasan yang akan diperolehi oleh penduduk dan kenapa tidak semua penduduk asal mendapat tanah?


Jawapan:

Tanah kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah yang terlibat dengan pencerobohan sejak 1970an ditandakan sebagai PTD 1542 seluas 215 ekar bukannya 240 ekar.Tanah ini telah dikurniakan bagaimana RM Bil. 410/97 bertarikh 2.4.1997 untuk tujuan perumahan dan komersial. Hakmilik yang didaftarkan ialah HS (D) 165917 atas nama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ Sdn. Bhd.)

Dalam lawatan Y.A.B. Menteri Besar Johor pada tahun 1999, beliau telah bersetuju sebahagian daripada tanah yang dikurniakan kepada KPRJ Sdn. Bhd. tersebut seluas 150 ekar hendaklah diserahkan kepada Kerajaan bagi dikurniakan kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

Dalam keputusan Kerajaan, KPRJ Sdn. Bhd. adalah dipertanggungjawabkan ke atas masalah setinggan yang tinggal di atas tanah sebelum tanah dibangunkan. Tiada tindakan dapat diambil kepada arahan Y.A.B. Menteri Besar Johor sehingga tahun 2008 kerana pihak KPRJ Sdn. Bhd. belum menyerahkan 150 ekar tanah berkenaan. Hanya pada tahun 2008 KPRJ Sdn. Bhd. bersetuju menyerahkan 150 ekar tanah kepada Kerajaan dengan Borang 12B telah dikemukakan ke PTG untuk pendaftaran pada 9 Jun 2009. Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Penduduk telah menyerahkan nama 124 orang penduduk ke Pejabat Tanah pada 26 Disember 2008. Pihak Pejabat Tanah Johor Bahru telah mengadakan bancian semula ke atas tanah di Bukit Tempurong pada 26-28 Mei 2009. Senarai penama yang kemaskini dan pelan racikan tanah sedang disediakan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru.

Selepas penyerahan tersebut, baki tanah adalah 65 ekar yang masih dimiliki Oleh KPRJ Sdn. Bhd. Pentadbiran Tanah akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaan sebagai yang dijanjikan.


Ulasan PAR Zon Nusajaya

Pihak PAR Zon Nusajaya mengucapkan terima kasih kepada YB Adun Maharani, Dr. Mohammad Taslim kerana bersetuju mengemukakan masalah Kg. Bukit Tempurung kepada persidangan DUN Johor baru-baru ini. Di dalam perenggan terakhir jawaban di atas dinyatakan bahawa Pentadbir Tanah Johor Bahru akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaaan. Tetapi hakikat yang berlaku adalah 21 penduduk asal seperti yang dimaklumkan kepada PAR oleh En. Abd Aziz b. Paiman, salah seorang penduduk asal yang dicicirkan nama mereka. En. Abd Aziz telahpun membina rumah diatas tapak rumahnya malangnya telah terlibat dengan kebakaran. Sepatutnya 21 nama yang digugurkan hendaklah dipanggil bermesyuarat dan dijelskan kenapa nama mereka digugurkan. Setakat ini alasan yang diberikan secara tidak rasmi adalah tidak berasas seperti kematian suami maka isteri tak layak dapat tanah walaupun merupakan peneroka kampung puluhan tahun, tak tinggal diatas tanahpun digugurkan. Sebagai contoh, En. Abd Aziz, seorang pegawal keselamatan terpaksa menyewa rumah di Kg. Melayu Gelang Patah kerana tapak rumah di Kg. Bukit Tempurung jauh darpada jalan utama bagi anak-anaknya mendapatkan pengangkutan awam kesekolah. Walaubagaimanapun beliau sering kerumah di Kg. Bkt Tempurung untuk membersihkannya sebelum kebakaran berlaku. Isunya sekarang adalah ;

1) 21 orang yang namanya digugurkan tidak dipanggil untuk diberikan penjelasan kenapa nama mereka digugurkan. Mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.
2) PAR difahamkan penama-penama baru seramai 21 orang dimasukkan bagi menggantikan 21 nama yang digugurkan. Persoalannya siapakan mereka penama-penama baru tersebut?
3) Daripada penjelasan Kerajaan diatas jelas menunjukkan bahawa bukanlah YB Dato’ Aziz Sapian yang mengusahakan penduduk mendapatkan tanah sehinggakan sekarang nama Kg. Bukit Tempurung ditukar nama kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian. Maklumat terbaharu diterima bukan sahaja nama kampung tetapi nama jalan-jalan dikampungpun hendak ditukar. Apa salahnya nama jalan seperti Aman, Sentosa dan Bakti yang ada dikampung tersebut? Biasanya nama seseorang diabadikan bilaman mereka telah meninggal dunia tapi YB Dato’ Aziz Sapian mengabadikan semasa beliau masih hidup! Kan pelik tu.

Kerajaan dan JKKK Bkt. Tempurung perlu tampil bagi membuat penjelasan.

Friday, July 24, 2009

KES 10 : PENJAJA GERAI DI KOTA FRANCHISE, TMN. SRI PULAI PERDANA

PAR menerima aduan daripada penjaja di Kota Franchise yang telah mula berniaga 6 minggu dan tiba-tiba diarahkan memberhentikan perniagaan kerana tapak perniagaan hendak dinaik taraf tanpa ada jaminan bahawa mereka akan dibenarkan berniaga semula selepas kerja menaik taraf selesai.

Kota Franchise diuruskan oleh Koperasi Nusajaya dimana YB Aziz Sapian menjadi penaungnya. Pniaga dikenakan bayaran RM5.00 sehari. Terdapat lebihkurang 80 peniaga yang berniaga di Kota Franchise.

Pada 14/5/09 – Mengadakan demonstrasi aman dan siding akhbar di Kota Franchise.

Akhirnya pihak koperasi membenarkan peniaga berniaga tetapi sewa dinaikan RM6.00 dan secara berperingkat akan dinaikan lagi. Jika diadakan expo bayaran satu tapak gerai adalah RM100 sehari.

(Status Kes : Selesai)


PIKET AMAN PENIAGA GERAI KOTA FRANCHISE PADA 16/5/09

KES 9 : GERAI MAKAN DI PASAR TAMAN UNIVERSITI TIADA BEKALAN AIR

Pihak PAR Zon Nusajaya telah menerima aduan daripada 5 gerai makanan (dahulunya gerai buah) Pasar Awam Taman Universti semenjak dari tahun 2004 tiada bekalan air. Pihak kami difahamkan pihak MPJBT telah mengadakan perbincangan dengan penyewa-penyewa gerai berkaitan dengan isu ini tetapi malangnya sehingga sekarang tidak ada tindakan yang diambil oleh pihak MPJBT. Penyewa-penyewa gerai telah menanda tangani perjanjian dengan pihak MPJBT untuk tempoh 2 tahun dengan bayaran sewaan sebanyak RM150.00 sebulan atas nama “Gerai Makanan”.

Pada 26/5/09 – PAR telah mengadakan pertemuan dengan YDP MPJBT dan menyerahkan memorandum untuk diambil tindakan. YDP berjanji akan membuat tindakan susulan.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Saturday, July 18, 2009

KES 8: GERAI TAMAN SRI SKUDAI YANG DIMONOPOLI OLEH PENIAGA WARGA ASING

Aduan telah diterima daripada peniaga gerai makanan yang menyatakan bahawa daripada jumlah keseluruhan gerai 50 buah, hanya 15 gerai sahaja yang diusahkan oleh penduduk tempatan dan selebihnya diusahakan oleh warga asing. Maklumat daripada pengadu juga menyatakan pembantu dan kakitangan gerai-gerai tersebut juga adalah dimonopoli oleh warga asing. Peniaga sebelum ini telah membuat aduan kepada pihak MPJBT dan Imigresen tetapi tiada tindakan yang positif.

Lawatan ke gerai telah dilakukan.

Pada 26/5/09 – PAR telah mengadakan pertemuan dengan YDP MPJBT dan menyerahkan memorandum untuk diambil tindakan. YDP berjanji akan membuat tindakan susulan.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Friday, July 17, 2009

KES 7 : KES PENDUDUK KG. BUKIT TEMPURUNG

Pada 23/4/09 PAR telah menerima aduan berlakunya ketidakadilan dalam pembahagian tanah bagi peneroka awal Kg. Bukit Tempurung.

Pada 25/4/09 – Membuat lawatan kerumah En. Bachok b. Husin dan En. Jonid bersama pemberita Harakah di Kg. Bukit Tempurung. Antara maklumat yang diperolehi adalah seperti berikut. Penduduk telah meneroka kg seawal tahun 1978. Keluasan asal kampung adalah 240 ekar dengan 124 keluarga peneroka. Setiap kali pilihanraya wakil rakyat UMNO/BN menjajikan penduduk akan diberikan tanah seluas 2 ekar setiap keluarga. Penduduk telah berpakat dan membahagikan tanah sesame mereka secara tersusun. Malangnya pada tahunXXXX Kerajaan Negeri Johor telah menganugerahkan tanah 240 ekar kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) yang kemudiannya mencagarkan tanah tersebut kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman. Akhirnya atas desakan penduduk, kerajaan negeri mengarahkan KPRJ memulangkan kembali tanah kepada penduduk asal. Malangnya KPRJ hanya dapat menebus semula 15o ekar sahaja. Baru-baru ini penduduk telah diberikan taklimat bahawa setiap keluarga hanya diberikan 1 ekar sahaja. Sebuah Syarikat Jurukur telah dilantik dan setiap keluarga dikenakan bayaran RM600 bagi kerja pengukuran tanah. Isu yang dibangkitkan adalah ;

1) Lebihkurang 25 keluarga terpaksa berpindak ketapak lain dengan meninggalkan rumah yang telah dibina tanpa mendapat sebarang pampas an bagi rumah dan tanaman yang terpaksa ditinggalkan.
2) 21 nama peneroka asal telah digugurkan atas alasan yang tidk munasabah.
3) Pertukaran nama kampung daripada Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Azizi Sapian dilakukan tanpa persetujuan semua penduduk kampung.

Pada 29/6/09 – mengadakan perjumpaan dengan En. Abdul Aziz b. Paiman, salah seorang peneroka asal yang digugurkan namanya. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak.

Pada 3/7/09 – Membawa wartawan Metro, China Press dan Harakah ke Kg. Bukit Tempurung.

Tindakan terkini adalah untuk menghantar Memorandum kepada YAB MB Johor dan aduan kepada SPRM.

(Status kes : Dalam Tindakan)

LAWATAN KE KG. BUKIT TEMPURUNG PADA 25/4/09

Thursday, July 16, 2009

KES 6 : KEMATIAN P.RAMLEE DILANGGAR BOT MERIN POLIS SINGAPURA

Pada 17/3/09 PAR telah menerima laporan daripada En. Helmi, AJK AMK tentang kematian P.Ramlee.

Pada 20/3/09 PAR bertemu dengan keluarga Pakcik Salam (ayah P.Ramlee) di Pejabat PKR di Tmn. Teratai.

Pada 21/3/09 laporan Polis dibuat di Balai Polis Tampoi.

Pada 24/3/09 PAR bersama PAS Kawasan menziarahi rumah Pakcik Salam di Kg. Sg. Melayu dan mengadakan majlis tahlil arwah dan beri sumbangan RM250.00.

Pada 26/3/09 PAR mengiringi keluarga Pakcik Salam membuat laporan ke Wisma Putra di Putrajaya.

Pada 10/4/09 Pakcik Salam ditahan Polis IPD atas waran tangkap INTERPOL dari Singapura.

Pada 12/4/09 menziarahi keluarga Pakcik Salam di BBU dan menyumbang RM160.00.

Pada 14/4/09 sebutan kes Pakcik Salam di Sabornite Court di Singapura. Beliau mengaku terhadap 7 tuduhan dibawah Akta Imigresen dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun tanpa sebatan.

(Status kes : Selesai)



PAR Zon Nusajaya bersama keluarga arwah P Ramlee (Kg Sg. Melayu) membuat laporan
ke Wisma Putra di Putrajaya

Wednesday, July 15, 2009

KES 5 : LAMPU MELINTAS JALAN ROSAK BERHADAPAN SEK. KEB. TAMN. UNIVERSITI (4)

Pihak sekolah telah membuat laporan ke MPJBT selama 2 hari tetapi tiada tindakan dibuat. Sebaik sahaja aduan diterima PAR telah membuat aduan ke MPJBT dan jam 6.30 petang lampu melintas jalan telah dibaiki.

(Status kes : Selesai)

Tuesday, July 14, 2009

KES 4 : TIANG LAMPU JALAN CONDONG BERHADAPAN JAYAJUSCO, TAMAN UNIVERSITI

Pada 20/2/09 PAR telah menerima aduan sebatang tiang lampu telah condong 45 darjah dan membahayakan orangramai. Tuan kedai, Mr. Chan telah membuat laporan kepada MPJBT selama 5 hari tetapi tiada tindakan. PAR telah membuat aduan semula ke MPJBT dan Biro Pengaduan Awam jam 11.00 pagi dan jam 5.00 petang tiang lampu telah ditukar dengan yang baru.

(Status kes : Selesai)

Monday, July 13, 2009

KES 3 : BANTAHAN BAYARAN PAMPASAN 200 ORANG PESERTA FELCRA TEBING RUNTUH

En. Daud bekas peserta Felcra Tebing Runtuh (sekarang telah dibangunkan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor) telah membuat aduan bahawa pampasan yang diluluskan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru ialah RM72,000 seekar tetapi pihak Felcra telah mengenakan pelbagai pemotongan sehingga akhirnya peserta hanya mendapat pampas an sebanyak RM35,000 seekar. 200 peserta bersetuju untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi. Peguam Syed Faisal telah dilantik dan setiap peserta dikenakan bayaran RM1,000. Perbicaraan tidak berlaku kerana peguam menyatakan kes diselesaikan diluar mahkamah. Malangnya sehingga sekarang tambahan wang pampasan masih belum diperolehi. Walaubagaimanapu Jawatankuasa Bertindak menunggu sehingga bulan Mac/April jika masih tiada bayaran maka PAR diminta membantu mereka.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Sunday, July 12, 2009

KES 2 : PENEMPATAN SEMULA 120 KELUARGA KG. PENDAS LAUT

Pada 26/1/09 PAR menerima laporan dari Syed Othman (Ketua Pemuda Pasir Gudang/PAR Permas Jaya) bahawa kerja memindahkan kubur-kubur di Kg. Sg. Melayu akan dilakukan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kesemua penduduk Kg. Pendas Laut akan dipidahkan dalam masa terdekat.

Pada 30/1/09 PAR bersama EN. Azmi Adnan (Pengerusi J/K Bertindak) dan Syed Othman membuat lawatan pertama ke Kg. Pendas Laut.

Pada 2/2/09 PAR bersama Sdr. Suhaizan Kaiat mengadakan pertemuan dengan En. Mohd Noor dan En. Zahir daripada IIB di Restoran Singgah Selalu, Danga Bay.

Pada 5/2/09 PAR bersama Sdr. Firdaus Masuod (Peguam PAS Johor) mengadakan dialog dengan penduduk Kg. Pendas Laut.

Pada 7/2/09 PAR bersama YB Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) mengadakan dialog dengan penduduk Kg. Pendas Laut. J/K Bertindak telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan UPEN Negeri Johor tetapi sehingga sekarang tidak dijawab.

Pada 9/3/09 Pas Gelang Patah mengadakan ceramah isu Kg. Pendas Laut di Kg. Ladang, Gelang Patah bersama YB. Shaari Sungip.

Pada 20/4/09 J/K Bertindak telah menghantar memorandum kepada MB Johor bagi mengadakan perbincangan tentang isu Penempatan Semula yang
masih belum siap pada Khamis, 23/4/09.

Tindakan terkini adalah untuk menghantar memorandum ke-2 kepada YAB MB Johor, Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan IIB.

(Status Kes : Dalam Tindakan)


Lawatan PAR Zon Nusajaya bersama YB Dr. Boo Cheng Hau
ke Kg. Pendas Laut

Saturday, July 11, 2009

KES 1 : MENZIARAHI & MEMBERI BANTUAN MANGSA KEBAKARAN

Pada 24/1/09 rumah ibu tunggal Pn. Norzihan bte Taib yang mempunyai 7 orang anak yang terletak di Taman Univiversiti telah terbakar. PAR telah menziarahi beliau pada 25 Jan 2009 dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM400.00.

(Status Kes : Selesai)




MENZIARAHI KELUARGA IBU TUNGGAL PN. NORZIHAN BTE TAIB
YANG TERLIBAT DALAM KEBAKARAN DI TMN. UNIVERSITI

Friday, July 10, 2009

Pendahuluan

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya telah ditubuhkan pada 7 Januari 2009. PAR Zon Nusajaya ini adalah salah satu gerak kerja PAS Kawasan Gelang Patah dalam membantu masalah rakyat di kawasan berkenaan. Diketuai oleh seorang Penyelia dan dibantu oleh Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Kawasan Gelang Patah.

Bermottokan “ Your Problem Is Our Business “ PAR Zon Nusajaya komited ;

  • menangani isu-isu rakyat terutama diperingkat mikro
  • perantara dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan
  • menubuhkan jawatankuasa bertindak, sidang akhbar, memorandun, dailog dan ceramah-ceramah dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat
Bagi memperkasakan PAR Zon Nusajaya segala aktiviti yang berorentasi masalah diperkembangkan menjadi ’silaturrahim’ bagi hubungan jangka panjang

Sunday, July 5, 2009

Peranan PAR

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya berperanan dalam ;

i. Menerima segala aduan permasalahan penduduk di Zon Nusajaya dan membantu dalam menyelesaikan isu tersebut ke tahap maksima yang mungkin.
ii. Memberi khidmat nasihat dan jalan penyelesaian isu yang berkaitan kekeluargaan dan rumahtangga.
iii. Menyalurkan segala masalah rakyat kepada agensi kerajaan yang betul dan memastikan tindakan diambil dengan segera.
iv. Membantu menubuhkan jawatankuasa bertindak, membuat sidang akhbar, memorandum dan dailog bagi kes-kes yang melibatkan pengambilan tanah, pampasan dan penempatan semula.
v. Memberi bantuan kewangan atau barangan mengikut kemampuan bagi penduduk-penduduk di Zon Nusajaya yang ditimpa musibah.

Antara kes-kes yang telah dan sedang diselesaikan oleh PAR Zon Nusajaya adalah ;

Kes 1 : Penempatan semula penduduk Kg Pendas Laut

26/1/09 : P.A.R menerima aduan dari Syed Othman (Ketua Pemuda Pasir Gudang) bahawa kerja memindahkan kubur-kubur di Kg Sg Melayu akan dilakukan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kesemua penduduk Kg Pendas Laut akan dipindahkan dalam masa terdekat.
30/1/09 : P.A.R bersama En Azmi Adnan (Pengerusi J/K Bertindak) dan syed Othman melakukan lawatan pertama ke Kg Pendas Laut
2/2/09 : P.A.R bersama Sdr Suhaizan Kaiat mengadakan pertemuan dengan En. Mohd Noor dan En Zahir daripada IIB di Restoran Singgah Selalu di Danga Bay
5/2/09 : P.A.R bersama Firdaus (Peguam PAS Johor) mengadakan dialog dengan penduduk Kg Pendas Laut.
7/2/09 : P.A.R bersama YB Dr Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) mengadakan dialog dengan penduduk Kg Pendas Laut. J/K Bertindak telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan UPEN Negeri Johor tetapi sehingga sekarang tidak dijawab.
20/4/09 : J/K Bertindak telah menghantar memorandum kepada MB Johor bagi mengadakan perbincangan tentang isu Penempatan Semula yang masih belum siap pada Khamis 23/4/09.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Kes 2 : Bantahan bayaran pampasan 200 orang peserta Felcra Tebing Runtuh

En Daud bekas peserta Felcra Tebing Runtuh (sekarang telah dibangunkan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor) telah membuat aduan bahawa pampasan yang diluluskan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru adalah sebanyak RM 72 000 seekar tetapi pihak FELCRA telah mengenakan pelbagai pemotongan sehingga akhirnya peserta hanya mendapat pampasan sebanyak RM 35,000 seekar. 200 peserta telah bersetuju untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi. Peguam Syed Faisal telah dilantik dengan setiap peserta membayar RM 1000. Perbicaraan tidak berlaku kerana peguam menyatakan kes diselesaikan di luar mahkamah. Malangnya sehingga sekarang, tambahan pampasan masih belum diperolehi. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Bertindak menunggu sehingga bulan Mac / April. Jika masih tiada bayaran, maka P.A.R diminta membantu mereka.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Kes 3 : Menziarahi dan memberi bantuan mangsa kebakaran

24/1/09 : P.A.R telah menerima maklumat rumah ibu tunggal Pn. Norzihan bte Taib yang mempunyai 7 orang anak yang terletak di Taman Universiti telah terbakar. P.A.R telah menziarahi beliau pada 25 Januari 2009 dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 400.

(Status Kes : Selesai)

Kes 4 : Tiang lampu condong berhadapan Jusco, Taman Universiti

20/2/09 : P.A.R telah menerima aduan sebatang lampu telah condong 45 darjah dan membahayakan orang ramai. Tuan Kedai, Mr Chan telah membuat laporan kepada MPJBT selama 5 hari tetapi tiada tindakan. P.A.R telah membuat laporan semula ke MPJBT dan Biro Pengaduan Awam jam 11.00 pagi dan jam 5.00 petang tiang lampu telah ditukar dengan tang baru.

(Status Kes : Selesai)

Kes 5 : Lampu melintas jalan rosak berhadapan Sek. Keb. Taman Universiti (4)

Pihak sekolah telah membuat laporan ke MPJBT selama 2 hari tetapi tiada tindakan dibuat. Sebaik sahaja aduan diterima, P.A.R telah membuat aduan ke MPJBT dan jam 6.30 petang lampu melintas tersebut telah dibaiki

(Status Kes : Selesai)

Kes 6 : Kes kematian P. Ramlee dilanggar Bot Marin Polis Singapura

17/3/09 : P.A.R menerima laporan daripada En. Helmi tentang kematian P. Ramle
20/3/09 : P.A.R bertemu dengan keluarga Pak Cik Salam (Ayah P. Ramlee) di Pejabat PKR di Taman Teratai.
21/3/09 : Laporan Polis dibuat di Balai Polis Tampoi.
24/3/09 : P.A.R bersama PAS Kawasan menziarahi rumah Pak Cik Slam di Kg. Sg. Melayu dan mengadakan majlis tahlil arwah dan menyampaikan sumbangan RM 250.
26/3/09 : P.A.R mengiringi keluarga Pak Cik Salam membuat laporan ke Wisma Putra di Putrajaya
10/4/09 : Pak Cik Salam ditahan Polis atas waran tangkap INTERPOL dari Singapura
12/4/09 : Menziarahi keluarga Pak Cik Salam di Bandar Baru Uda dan menyumbang RM 160.
14/4/09 : Sebutan kes Pak Cik Salam di Sabornite Court di Singapura. Beliau mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun tanpa sebatan.

(Status Kes : Selesai)

Kes 7 : Adik Anja di Kg. Sg. Melayu

Adik Anja Shahmidah, anak seorang nelayan Iskandar Abdullah dilaporkan menghidap kecacatan jantung dan perlu dibedah segera. P.A.R telah menziarahi keluarga En Iskandar dan berjanji akan cuba membantu dari aspek kewangan. Setelah kes ini sampai ke pengetahuan Majlis Agama Islam johor, mereka bersetuju untuk menanggung seluruh kos pembedahan jantung adik Anja.

(Status Kes : Selesai)

Kes 8 : Peniaga Gerai di tapak Franchise City

(Status Kes : Selesai)

Kes 9 : Peniaga Gerai di Car City, Kulai (Lanjutan kes peniaga di Franchise City)

(Status Kes : Selesai)

Kes 10 : Bekalan air kepada peniaga makanan di Pasar Taman Universiti

Sebanyak 6 gerai makan di Pasar Taman Universiti tidak menerima bekalan ari sejak tahun 2005. Mereka memohon agar MPJBT dapat menyediakan bekalan air kerana perjanjian sewa gerai ada menyatakan tentang kemudahan bekalan air. Banyak aduan dan perbincangan telah dibuat dengan Yang Di Pertua MPJBT tapi masih belum selesai. Sekali lagi, P.A.R membawa isu ini kepada YDP MPJBT dengan harapan kali ini beliau akan memandang serius perkara ini

(Status Kes : Selesai)

Kes 11 : Isu peniaga Thailand di Taman Sri Skudai

Dalam 50 gerai di Jalan Emas Putih, hanay 15 yang benar-benar diusahakan oleh peniaga tempatan. Barang jualan juga banyak dibawa dari luar Negara yang tidak tahu status kebersihan dan kehalalannya. Perbincangan dengan YDP MPJBT telah dibuat dan beliau berjanji akan menyiasat kes itu.

(Status Kes : Selesai)

Kes 12 : Bantuan mangsa ribut di Gelang Patah

(Status Kes : Selesai)

Kes 13 : Pemberian geran tanah dan pemberian pampasan di Kg. Bukit Tempurung

21 orang peneroka awal Kg. Bukit Tempurung dinafikan hak untuk mendapatkan tanah. En Aziz bin Paiman telah tampil menghubungi P.A.R dan meminta bantuan. Kenyataan akhbar telah dibuat dan pihak JKK cuba berdolak dalik dalam isu ini. Ketika ini, En Aziz sedang dalam proses untuk menyerahkan memorandum kepada MB Johor untuk menuntut haknya kembali.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Kes 14 : Kerosakan j/raya kerja menambak tapak penempatan semula Kg. Pendas Laut

P.A.R telah menerima laporan Jalan di Kg Ladang telah rosak akibat kerja-kerja penambakan tapak penempatan semula Kg Pendas Laut. Laporan telah dibuat ke Biro Pengaduan Awam dan sedang menunggu maklum balas

(Status Kes : Selesai)

Kes 15 : Ibu Tinggal di Taman Sri Skudai

P.A.R menerima laporan seorang wanita yang ditinggalkan suami tinggal di Jalan Perak 6. Wanita tersebut tidak bekerja dan mempunyai 10 orang anak dan telah menyerahkan 2 orang anak kepada keluarga angkat akibat kesempitan hidup. Mereka hanya menunggu masa untuk diminta keluar dari rumah yang didiami di samping bekalan air yang telah dipotong dan bekalan elektrik yang juga menunggu masa untuk dipotong. P.A.R telah menzirahi rumah mereka dan memberi sedikit bantuan keperluan makanan dan juga wang

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Saturday, July 4, 2009

Hubungi Kami

Pusat Aduan Rakyat Zon Nusajaya
Dewan Pengajian Al-Radzi,
31, Jalan Kebudayaan 12,
Taman Universiti Skudai,
Johor Darul Takzim

Pegawai dihubungi ;
1. Tn HJ Dzulkefli (Penyelia) - 019 7555541
2. Ustaz Sallehuddin - 013 7454671
3. Sdr Auzani - 013 7917600

Friday, July 3, 2009

Biodata Penyelia

Tn Hj Dzulkefly b. Hj Ahmad lebih dikenali dengan panggilan Hj Zul dilahirkan 1 Ogos 1965 dan menetap dialamat no 28, Jalan Kemajuan 20, Taman Universiti, Skudai, Johor. Berkahwin dengan seorang guru Pn Hajjah Norainie bt. Adnan dan dianugerahkan tujuh cahaya mata Nur Sahirah 19, Mohd Shamil, Norhidayah, Mohd Syahil, Mohd Shafik, Lokman Hakim dan Noraishah 4.

Pendidikan awal di Sekolah Keb. Juaseh, Sekolah Menengah King George V dan Sekolah Men Teknik Tuanku Jaafar. Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah daripada Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1988. Seterusnya melanjutkan pelajaran ke City Universiti United Kingdom dan dianugerahkan Sarjana Pelaburan Hartanah.

Dalam kerjaya beliau, pernah berkhidmat di Jabatan Penilaian Temerloh, pensyarah di salah sebuah IPTA yang terkemuka di Malaysia serta beberapa syarikat perunding hartanah. Beliau kini mempunyai syarikat sendiri yang menjalankan perniagaan berkaitan Perunding Hartanah.

Dalam bidang politik beliau diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Johor dan YDP PAS kawasan Gelang Patah.

PENGLIBATAN DALAM POLITIK

Thursday, July 2, 2009

Aduan Baru

Sila isikan ruangan dibawah untuk membuat aduan:



Nama
Alamat
No. Telefon
Email
Aduan












Taipkan
teks
dibawah



Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]


Wednesday, July 1, 2009

Terima Kasih

Terima kasih kerana menghantar aduan kepada kami

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More