Thursday, March 22, 2012

Gerakan ABAI Johor Tidak Beretika

Kangkar Pulai - Pusat Aduan Rakyat Nusajaya (PAR Nusajaya) mendapat laporan dari penduduk setempat bahawa beberapa kejadian vandalisme telah berlaku di sekitar pekan Kangkar Pulai.


       Kejadian vandalisme itu dilaporkan sebenarnya telah dilakukan hampir sebulan dan rata-ratanya menyatakan bahawa contengan perkataan ABAI yang dilakukan di beberapa papan tanda disepanjang jalan ke pekan Kangkar Pulai itu adalah hasil tindak balas terhadap penubuhan dan gerakan Sekateriat Asal Bukan UMNO (ABU).

       Kesan tindakan vandalisme tersebut menyebabkan papan tanda disekitar pekan tersebut rosak dan perlu diperbaiki mahupun diganti.

       Menurut Ketua Pemuda Pas Kawasan Gelang Patah, Ustaz Zaifiddin Bin Isa, "Perlakuan vandalisme ini sebenarnya lebih menunjukan sikap rendahnya akhlak dikalangan pelaku yang memperjuangkan agenda ABAI itu sendiri".

       Tambah beliau, " Seharusnya pihak yang memperjuangkan ABAI itu melakukan tindakan dengan cara yang lebih terhormat kerana kita seharusnya memerangi budaya vandalisme dan menyemarakan budaya politik yang sihat. Tindakan ini jelas merugikan pelbagai pihak terutamanya rakyat kerana kemudahan papan tanda jalan tidak dapat digunakan sebaiknya".

       Dianggarkan kos yang diperlukan untuk menukar kesemua papan tanda yang rosak bakal menelan belanja sehingga puluhan ribu ringgit. 

 Seketariat ABU menggunakan kain rentang

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More