Thursday, January 19, 2012

Dr Ahmad Yunus Hairi Dilantik Exco Selangor Mengantikan Hasan Ali

SHAH ALAM, 18 JANUARI : ADUN Sijangkang  Dr Yunus Hairi dilantik menjadi exco Selangor. Beliau mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Kayangan di sini.

Yunus Hairi menggantikan Dr Hasan Ali yang dipecat oleh PAS pada 8 Januari lepas dan digugurkan menjadi exco Selangor pada 13 Januari lalu.

Gambar Oleh : Facebook MB Selangor


Ahmad Yunus Hairi
(Gambar Di atas : Sinar Harian)
Yunus Hairi kini memegang Exco Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan. Manakala portfolia Hal Ehwal Islam,Infrastruktur dan Kemudahan Asas dipegang oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebelum ini, beliau merupakan pembantu Exco Pelajaran,Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Perubatan dan Pembedahan dari Universiti Malaya.
Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor.
Sementara itu,Adun Meru Dr. Abdul Rani Osman dilantik memegang jawatan Pengerusi Skimsel manakala ADUN Bangi Dr. Shafie Abu Bakar dilantik memegang jawatan Pengerusi PADAT.
Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi.


Sidang akhbar bersama ahli Exco yang baru, YB Dr. Yunus Ahmad Hairi. YB Dr. Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor turut hadir bersama.

Sumber : http://www.selatanonline.net

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More