Friday, February 17, 2012

Kenyataan Media


Kelab Wartawan, Taman Maju Jaya, 16 Februari 2012 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman keatas rumah dan kereta Tn.Hj Zulkefli b. Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor) yang mana tragedi ini adalah amat serius,dan Pas Negeri Johor berpendapat tragedi ini adalah suatu cubaan membunuh beliau sekeluarga.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor berharap pihak Polis dan Jabatan yang kekaitan membuat siasatan yang menyeluruh dan telus sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor telah membuat keputusan akan terus mendesak ,Johor Corporation(Jcorp) membatalkan cadangannya mengambil alih KFC Holdings Berhad dan QSR Brand Berhad melaluai syarikat Massive Equity Sdn Bhd (MESB).Pengambilalihan tersebut memberi implikasi besar kepada bumiputra apabila 49% saham didalam KFC dan QSR akan terlepas kepada syarikat asing melaluai pemilikan 49% saham oleh Citigroup Venture Capital (CVC) dalam MESB.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan meneruskan penerangan kepada seluruh rakyat Johor dan tidak akan berundur walau seinci pun memperjuangkan isu tersebut sehingga,Johor Coporation (Jcorp) membatalkan hasratnya mengambil alih KFC dan QSR untuk dijual kepada pihak asing.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor akan mengadakan Road Show Penerangan secara besaran diseluruh daerah pada 19 Feb 2012 (Ahad), untuk menjelaskan sepada seluruh rakyat Johor tentang isu tersebut.Road Show tersebut diketuai oleh Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man(Ketua Penerangan Pas Pusat),sempena konvoi penerangan Pas Pusat melawat Negeri Johor.Road Show tersebut bermula awal pagi,kuliah subuh,bersarapan bersama rakyat,Hi-Tea,program kebajikan dan edaran risalah sehingga acara kemuncak ceramah perdana seluruh Johor.Diantara kepimpinan yang bersama menyemarakkan Road Show tersebut YB.Dato Mahfuz Omar (Naib Presiden),YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden),Dato Seri Nizar Jamaluddin (AJK Pas Pusat),Kepimpinan Pemuda,Muslimat dan Ulamak Pas Pusat.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengharapkan Road Show tersebut akan memberikan penjelasan dan kefahaman kepada seluruh rakyat Johor implikasi buruk kesan dari pengambil alihan KFC dan QSR

HAJI GHAZALEY B. HJ AYIUB
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor


s.k.       1. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
            2. Setiausaha Perhubungan Pas Johor 

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More