Monday, February 13, 2012

Penduduk Kampung Orang Asli Simpang Arang Tiada Pembelaan

Gelang Patah, 13 Februari 2012 - Penduduk kampung perkampungan nelayan orang asli Simpang Arang, Gelang Patah semakin tertekan lantaran sumber keperluan hidup semakin sukar diperolehi. Penyelia Pusat aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan Program Jelajah Perkampungan Orang Asli Simpang Arang bagi menyelami dan bertindak untuk memperkasakan agenda kebajikan di perkampungan tersebut pada Ahad lalu seawal 9.00 pg.


 

       Salah seorang pemimpin dari kampung tersebut yang lebih mesra dikenali sebagai En. Amin turut membantu Rombongan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya untuk menyantuni dan menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung. Beliau telah membawa rombongan bertemu dengan kebanyakan penduduk kampung disamping menyelami kesempitan hidup yang membelenggu kehidupan mereka apabila dinafikan hak oleh kerajaan negeri.

       Menurut respon temubual Tn Hj Dzulkefly Ahmad bersama penduduk kampung tersebut, rata-rata nelayan di kapung terbabit semakin tertekan lantaran hasil tangkapan ikan, udang, ketam dan hasil-hasil lain yang boleh diperolehi sebelum ini di hutan paya bakau yang berdekatan semakin berkurangan.

       En. Tualem antara salah seorang wakil penduduk yang berkemungkinan menjadi Tok Batin baru kampung tersebut menyatakan bahawa, “Sekarang kalau nak keluar mencari ikan bagi seseorang nelayan bagi mendapatkan 2 kilogram ikan pun susah.”


       Beliau juga menyatakan bahawa perkara ini berlaku rentetan pembangunan yang dijalankan oleh banyak pihak seperti pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas telah menyebabkan tempat pembiakan hasil laut musnah terutamanya ikan, udang dan ketam sangat terjejas.

       Menurut Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad, pihak kerajaan sememangnya mempunyai prosedur dalam membuat penilaian semula kesan  kerosakan dari projek pembangunan  terhadap kerosakan ekosistem setempat setelah sesuatu tempoh pembangunan disiapkan. Prosedur penilaian kerosakan ini juga memang terdapat semasa menjalankan pembangunan.

       Ironinya, kenapa pihak kerajaan masih member kelulusan meneruskan projek disekitar perkampungan orang asli yang juga merupakan kelompok nelayan tradisi di Gelang Patah. Kalaupun pihak kerajaan telah mengetahui kadar kerosakan ekositem yang berlaku, masih tiada apa-apa tindakan yang diambil.

       Rombongan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya turut turun rumah ke rumah bagi mengintai nasib keluarga-keluarga nelayan yang terjejas disamping menghulurkan bantuan yang sepatutnya bagi mengurangkan  tekanan hidup mereka.

       Pusat Aduan Rakyat Nusajaya juga turut membekalkan batuan beras kepada kira- kira 180 buah rumah penduduk di Kampung Simpang Arang yang akan diagihkan sendiri oleh wakil penduduk kampung yang diketuai oleh En. Tualem dan En. Amin.



      Kedatangan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya ke kampung tersebut membuatkan penduduk kampung sangat gembira dan terhibur.

  

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More