Tuesday, August 18, 2009

Pendidikan Sekolah Agama Di Negeri Johor........Nasib Dan Masa Hadapan


Tahukah anda bahawa Kerajaan Johor diperingkat terakhir bagi memuktamadkan MOU dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menyerahkan 22 SMA (Sekolah Menengah Agama) dan 8 Sekolah Rendah Bersepadu (SRAB) bagi mendapatkan status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pengalaman buruk negeri-negeri yang telah menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM adalah KPM akan meminda silibus pendidikan sekolah agama selari dengan Akta Pendidikan 1996 dimana hanya ada satu subjek agama iaitu Arab Komunikasi. Dengan tiadanya subjek-subjek agama yang lain akan menyebabkan pelajar-pelajar keluaran SMA tidak layak lagi untuk melanjutkan pendidikan agama di Timur Tengah khususnya A-Azhar.

Pada tahun 1996, Kerajaan Negeri Johor telah mengambilalih Sekaolah Agama Rakyat (SAR) atas alasan kebanyakan SAR adalah daif dan banyak dipengaruhi oleh pembangkang sehinggakan bantuan kewangan perkapita tidak lagi disalurkan kepada SAR. Tetapi kenapa pula sekarang ini kerajaan negeri hendak menyerahkan sekolah-sekolah ini kepada KPM. Menurut maklumat yang diterima kekurangan kewangan sekolah agama termasuk menaik taraf gaji guru-guru agama adalah RM4 juta setahun. Kenapa kerajaan tidak menggunakan wang zakat untuk menampung kekurangan ini. Untuk pengetahuan pembaca Negeri Johor menerima tidak kurang dari RM100 juta wang zakat setahun, antara yang teringgi di Malaysia.

Satu pasukan penyelidikan telah ditubuhkan oleh Jabatan Agama Johor bagi mengkaji bagaimana memperkasakan pendidikan agama di Negeri Johor. Antara cadangan awal pasukan penyelidikan ini adalah memperkasakan SRAB iaitu menambah bilangan daripada 8 sekolah kepada 300 buah sekolah di Negeri Johor. SRAB ini juga dijangka akan dapat menyelamatkan Sekolah Agama Johor petan/pagi bilamana pendidikan satu sessi dilaksanakan oleh KPM diperingkat nasional. Pasukan penyelidikan ini juga mencadangkan penubuhan Universiti Islam di Johor. Tetapi disebabkan cadangan pasukan penyelidikan ini tidak selari dengan selera UMNO/BN maka pasukan penyelidikan ini telah dibubarkan ditengah jalan.

Atas keperihatinan di atas maka Pas Negeri Johor telah menghantar Memorandum Rakyat kepada YB. Dato’ Zainal, Exco Agama Negeri Johor bagi mempertimbangkan isi kandungan memorandum yang dihantar.

Monday, August 17, 2009

Penghantaran Memorandum Penduduk Kg Bukit Tempurung Kepada YAB Dato' Menteri Besar Johor



Pada Selasa, 11 Ogos, 2009, Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung bersama
PAR Zon Nusajaya telah menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri
Besar Johor pada pukul 11.30 pagi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan.
Seperti yang dijangkakan YAB Dato’ Menteri Besar tidak bersedia untuk menerima
memorandum tetapi sebaliknya mewakilkan kepada Dr. Gunawan, Setiausaha Politik
Menteri Besar bagi menerima bagi pihaknya. Antara tuntutan memorandum rakyat
yang dihantar kepada MB Johor adalah seperti berikut;

1) Tidak bersetuju dengan pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz. Jawatankuasa Bertindak telah mengumpulkan 81 tanda tangan penduduk yang tidak bersetuju dengan pertukaran nama kampung daripada Kg. Bkt Tempunrung kepada Kg. Dato’ Aziz.
2) 21 orang yang namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar minta dimasukkan semula.
3) 23 orang yang terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka meminta supaya kerajaan negeri memberikan pampasan yang mencukupi bagi mereka membina rumah ditapak baru kerana sebahagian besar mereka adalah merupakan warga emas yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Dr. Gunawan memberikan janji akan mengkaji secara terperinci isikandungan memorandum dan akan memberikan pandangan kepada YAB Dato’ Menteri Besar tindakan bersesuian yang perlu dilakukan. Jawatankuasa Bertindak diwakili oleh En. Aziz Paiman.

Memorandum Rakyat ; Penduduk Kg Bukit Tempurung Kepada YAB Dato' Menteri Besar Johor


Pada Selasa, 11 Ogos, 2009, Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung bersama PAR Zon Nusajaya telah menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada pukul 11.30 pagi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Seperti yang dijangkakan YAB Dato’ Menteri Besar tidak bersedia untuk menerima memorandum tetapi sebaliknya mewakilkan kepada Dr. Gunawan, Setiausaha Politik Menteri Besar bagi menerima bagi pihaknya. Antara tuntutan memorandum rakyat yang dihantar kepada MB Johor adalah seperti berikut;

1) Tidak bersetuju dengan pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz. Jawatankuasa Bertindak telah mengumpulkan 81 tanda tangan penduduk yang tidak bersetuju dengan pertukaran nama kampung daripada Kg. Bkt Tempunrung kepada Kg. Dato’ Aziz.

2) 21 orang yang namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar minta dimasukkan semula.

3) 23 orang yang terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka meminta supaya kerajaan negeri memberikan pampasan yang mencukupi bagi mereka membina rumah ditapak baru kerana sebahagian besar mereka adalah merupakan warga emas yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Dr. Gunawan memberikan janji akan mengkaji secara terperinci isikandungan memorandum dan akan memberikan pandangan kepada YAB Dato’ Menteri Besar tindakan bersesuian yang perlu dilakukan. Jawatankuasa Bertindak diwakili oleh En. Aziz Paiman.

Wednesday, August 5, 2009

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Bukit Tempurung & Kg Pendas Laut Akan Menghantar Memorandum Kepada Menteri Besar Johor

MEMORANDUM KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR JOHOR

Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung dengan Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut akan menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada Selasa, 11hb. Ogos, 2009 jam 10.30 padi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Bagi J/K Bertindak Kg. Bukit Tempurung ini adalah merupakan memorandum pertama yang antara lain melibatkan isu;

1) Pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian serta nama-nama lorong tanpa persetujuan keseluruhan penduduk kampung.
2) 21 orang didapati namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar walaupun merupakan peneroka asal kampung tersebut.
3) 23 peneroka asal terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka tidak diberikan pampasan sedangkan mereka adalah merupakan warga tua yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Bagi J/K Bertindak Kg. Pendas Laut, ini adalah merupakan memorandum kali ke-2 yang akan dihantar yang antara lain merangkumi isu-isu berikut;

1) Mendapatkan senarai penuh 62 keluarga yang mendapat penempatan semula beserta 20 nama tambahan.
2) Konsep penempatan semula. Samada sewa-beli atau dijual dan berapakah jumlah bayaran yang terlibat.
3) Jaminan bahawa segala kemudahan yang terdapat di Kg. Pendas Laut akan juga dibina di penempatan baru.

Pada sesiapa yang berkelapangan bolehlah bersama-sama dengan penduduk Kg. Bkt Tempurung dan Kg. Pendas Laut untuk member sokongan moral bagi memastikan slogan kerajaan benar-benar merealisasikan slogan “Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan”. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly Ahmad 019-7555541.

PENJELASAN KERAJAAN NEGERI ATAS SOALAN ADUN MAHARANI BERKAITAN STATUS PENDUDUK KG PENDAS LAUT PADA SIDANG DUN KE 12

PENJELASAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR ATAS SOALAN BERTULIS YB. DR. MOHAMAD TASLIM (ADUN MAHARANI) SEMPENA PENGGAL PERSIDANGAN YANG KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KEDUA BELAS (JUN-JULAI 2009)

Soalan B111:

Nyatakan senarai 62 buah keluarga Kg. Pendas Laut,Gelang Patah yang mendapat penempatan semula secara sewa-beli.

Kenapa hanya 62 buah keluarga daripada 140 buah keluarga di Pendas Laut yang mendapat penempatan semula.Berapakah sewa yang perlu dibayar ole penduduk dan siapakah yang akan menguruskannay?

Kenapa sehingga sekarang tidak ada taklimat khusus diadakan antara kerajaan dan agensi terlibat bersama penduduk Kg. Pendas Laut?

Jawapan:

Penempatan semula penduduk Kampung Pendas Laut adalah program yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan unit dan persekitaran kediaman yang lebih selesa,selamat dan sihat dapat dibangunkan untuk keseluruhanpenduduk di Iskandar Malaysia.

Pada peringkat ini,seramai 62 keluarga dikenalpasti terlibat di dalam program ini berdasarkan bancian awal yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah,walau bagaimanapun kerajaan negeri telah melantik UTM menjalankan kajian profiling bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci yang akan dijadikan asas dalam menentukan kemampuan penduduk membayar semua atau membeli tanah selain penyediaan keperlua kemudahan awam.

Taklimat awal telah diadakan kepada penduduk pada bulan Januari 2009 di Kampung Pendas Laut.Kajian profiling telah dilaksanakan pada bulan Mei 2009 dan semua ketua keluarga telah ditemuduga.

Pada masa kini pihak UTM sedang menganalisa maklumat yang telah diperolehi.Kerajaan Negeri akan mengadakan taklimat dan penerangan lanjut kepada semua penduduk selepas perincian berkaitan kadar sewa dan harga jualan ditetapkan


Ulasan PAR Zon Nusajaya

Terima kasih diucapkan kepada YB ADUN Maharani yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan isu Kg. Pendas Laut dalam sidang DUN Johor baru-baru ini. Sebagaimana yang dijangkakan kerajaan tidak bersedia menyatakan senerai 62 keluarga yang mendapat rumah dipenempatan semula. Bahkan baru-baru ini pihak PAR Zon Nusajaya diberitahu terdapat 20 nama baru sebagai tambahan kepada 62 keluarga yang asal. Siapakah nama 20 nama tambahan tersebut? Setakat ini usaha Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut, Sdr. Azmi untuk mengetahui senarai nama tambahan tersebut tidak diberikan kerjasama oleh pihak kerajaan termasuk ketua kampung. Seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan oleh mereka.

Sehingga sekarang pihak penduduk Kg. Pendas Laut tidak mengetahui apakah konsep penempatan semula samada perlu dibayar ikut harga subsidi, sewa-beli dan sebagainya. Penduduk masih berada didalam kebingungan. Pada pandagan PAR Zon Nusajaya, kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memberikan taklimat terperinci kepada penduduk kampung supaya mereka benar-benar tahu apakah sebenarnya yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Kerajaan juga hendaklah mendedahkan senarai 82 nama penduduk yang mendapat rumah dipenempatan semula. Perkara ini perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memperlihatkan ketelusan dalam tindakan mereka dan benar-benar selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More