Thursday, August 25, 2011

Yang Susah Dijejaki, Bantuan Diberi

GELANG PATAH, 21 OGOS: Kesibukan mengharungi fasa ketiga Ramadhan dan Syawal 1432H yang akan tiba, PAS kawasan Gelang Patah meneruskan perjalanan menjejaki golongan yang memerlukan bantuan. Delegasi Program Sumbangan Ramadhan ini berjalan di sekitar Kampung Ladang dengan diketuai oleh Ustaz Zaifiddin bin Isa, Ketua Pemuda PAS kawasan Gelang Patah, dan Sabariah binti Mohd Amin, Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan Gelang Patah, diiringi oleh beberapa orang ahli Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS kawasan Gelang Patah yang lain. Dalam kunjungan tersebut, 16 buah rumah telah dilawati. Setiap rumah tersebut mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza....

Friday, August 19, 2011

Edaran Bubur Lambuk di Tun Aminah

TAMAN TUN AMINAH, 17 OGOS : Seramai hampir 30 orang ahli PAS Kawasan Gelang Patah dan ahli DAP Kawasan Skudai dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai,  Dr. Boo Cheng Hau mengambil inisiatif mendekati masyarakat setempat khususnya umat Islam dengan menjalankan aktiviti mengedar bubur lambuk di Bazar Ramadhan, Khamis lalu. Aktiviti mengedar bubur lambuk ini bertepatan dengan dengan tuntutan agama Islam yang menggalakkan umat Islam untuk menggandakan amalan bersedekah di bulan Ramadhan ini. Program mengedar bubur lambuk ini bermula kira-kira jam 5.00 petang dan berakhir sekitar jam 6.15 petang. Walaupun terpaksa berhadapan...

Thursday, August 18, 2011

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban

GELANG PATAH, 15 Ogos: Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, PAS kawasan Gelang Patah meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat yang kurang bernasib baik. Lawatan sekitar Taman Teratai, Johor diketuai oleh YDP PAS kawasan Gelang Patah, Tuan Hj. Dzulkefly bin Ahmad diiringi ahli Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS kawasan Gelang Patah. Matlamat utama PAS kawasan Gelang Patah mengadakan Program Sumbangan Ramadhan bersama masyarakat setempat ini adalah untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat sekitar selain meraih keberkatan Ramadhan dengan mengamalkan budaya bersedekah. Dalam lawatan tersebut,...

Wednesday, August 17, 2011

Majlis Makan Malam Masyarakat India Gelang Patah - Ucapan Hj Dzul

...

Saturday, August 13, 2011

PAS Prihatin Nasib Imam Putus Punca Pendapatan

KAMPUNG LADANG, 11 OGOS: Susulan daripada isu seorang imam digantung jawatannya oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) gara-gara agenda sempit politik kerajaan negeri, Yang Dipertua PAS kawasan Gelang Patah, Tuan Hj. Dzulkefly bin Ahmad, juga Penyelia Pusat Aduan Rakyat Gelang Patah, telah mengambil inisiatif untuk turun padang memberi sumbangan kepada keluarga ini. Beliau mengetuai ziarah bersama rombongan dari Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah melahirkan rasa simpati terhadap keluarga ini. Ekoran dari penggantungan tugas tersebut, keluarga ini putus sumber pendapatan. Tuan Hj. Dzulkefly bin Ahmad menyerahkan sumbangan dari PAS Kawasan Gelang...

Friday, August 12, 2011

Gara-gara BERSIH 2.0, Imam masjid bertauliah digantung tugas

KAMPUNG LADANG, 10 OGOS : Seorang imam di kawasan Gelang Patah telah di'gantung' penjawatannya oleh Majlis Agama Islam, Jabatan Agama Johor (JAJ) gara-gara agenda politik sempit kerajaan negeri. Penggantungan itu dibuat setelah JAJ menghantar utusan melalui pejabat Kadi Daerah Johor Bahru kepada Imam Hassan bin Md Said, Imam 1, Masjid Kampung Ladang, Gelang Patah, mengenai penggantungan tersebut. Tekanan yang diberikan kepada beliau bermula apabila beliau disyaki menyertai perhimpunan aman menuntut pilihanraya yang dijalankan secara adil oleh gabungan BERSIH. Tiga orang pegawai polis dari cawangan khas berkunjung ke kediaman beliau untuk menyiasat...

UMNO Terlibat Dalam Manipulasi Pilihanraya

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Malaysia Jumaat 12hb Ogos 2011 Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihanraya yang mungkin melibatkan UMNO. Pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja. Dua identiti ini sangat mencurigakan. Bukti pertama : Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata. Identiti MOHD BAHAR BIN...

Wednesday, August 10, 2011

Perginya seorang ibu di Bulan Ramadhan

GELANG PATAH, 9 OGOS : Berita kematian isteri yang disayangi oleh seorang warga emas yang juga pesara, Hassim Bin Dawam, 65, sangat memberikan kejutan kepadanya dan seluruh ahli keluarga. Allahyarhamah, Khadijah Binti Katan, 60, tidak ada menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit sebelum kematiannya pada petang Isnin lalu kira-kira jam 2.30 petang. Ketika kejadian, anaknya yang masih tinggal dengan pasangan warga emas itu menyedari emaknya meninggal dunia apabila ditemui terjatuh di hadapan pintu rumah kediaman mereka di Taman Universiti, Jalan Pertanian pada petang tersebut. Anaknya turut meminta pertolongan dari jiran bersebelahan setelah...

Monday, August 8, 2011

Inisiatif PAS, buka mata penduduk setempat

GELANG PATAH, 7 OGOS : Dalam keghairahan menjalani ibadah di Ramadhan yang mulia ini, PAS Kawasan Gelang Patah telah mengambil inisiatif mengadakan satu program kebajikan di sekitar Taman Pulai Utama dan Taman Universiti. Program ini diziarahi oleh ahli PAS dari rumah ke rumah sambil memberi sedikit sumbangan berbentuk wang dan makanan asasi kepada golongan kurang berkemampuan. Lawatan ini juga bertujuan untuk meninjau kehidupan seharian mereka di samping mengeratkan ukhuwah di antara ahli PAS Gelang Patah dengan penduduk setempat. Lawatan yang diketuai oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Gelang Patah, Tn Hj Dzulkefly Bin Ahmad bermula...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More