Sunday, January 1, 2012

Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad: Kebajikan Rakyat Agenda Utama Kami


NUSAJAYA, 1 Jan 2012: Kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini telah banyak membebankan rakyat. Kesan kenaikan harga keperluan ini semakin dirasai kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kerana harga keperluan sekolah turut naik dikala pendapatan isi rumah mereka yang kurang.

Menurut Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad selalu Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah merangkap Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, kenaikan harga barang ini disebabkan oleh pengurangan subsidi oleh kerajaan ketika ini. Subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat oleh kerajaan juga ujar beliau harus dianggap sebagai satu tangungjawab dan bukannya bebanan kepada kerajaan

" PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadikan agenda kebajikan rakyat sebagai agenda utama kita. Sudah menjadi tangungjawab kami untuk menjaga kebajikan rakyat negara ini akibat daripada kesan kenaikan harga barang ketika ini."

"PAS juga telah melancarkan konsep negara berkebajikan yang dirangka khas untuk untuk menjaga kebajikan rakyat dengan mengagihkan keuntungan negara kepada rakyat melalui subsidi. Subsidi bagi kita adalah satu tangungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyat dan bukannya satu bebanan kepada negara" ujar beliau lagi.

Beliau berucap demikian dalam program 'Kembali Ke Sekolah' yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah.  Dalam program ini seramai 59 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Taman Universiti telah menerima sumbangan berupa wang perbelanjaan dan alatan persekolahan.

Sumbangan ini dismapaikan sendiri oleh Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad sebagai satu tangungjawab untuk meringankan beban ibu bapa yang terpilih menjelang sesi persekolahan yang bakal tiba.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More