Sunday, July 5, 2009

Peranan PAR

Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya berperanan dalam ;

i. Menerima segala aduan permasalahan penduduk di Zon Nusajaya dan membantu dalam menyelesaikan isu tersebut ke tahap maksima yang mungkin.
ii. Memberi khidmat nasihat dan jalan penyelesaian isu yang berkaitan kekeluargaan dan rumahtangga.
iii. Menyalurkan segala masalah rakyat kepada agensi kerajaan yang betul dan memastikan tindakan diambil dengan segera.
iv. Membantu menubuhkan jawatankuasa bertindak, membuat sidang akhbar, memorandum dan dailog bagi kes-kes yang melibatkan pengambilan tanah, pampasan dan penempatan semula.
v. Memberi bantuan kewangan atau barangan mengikut kemampuan bagi penduduk-penduduk di Zon Nusajaya yang ditimpa musibah.

Antara kes-kes yang telah dan sedang diselesaikan oleh PAR Zon Nusajaya adalah ;

Kes 1 : Penempatan semula penduduk Kg Pendas Laut

26/1/09 : P.A.R menerima aduan dari Syed Othman (Ketua Pemuda Pasir Gudang) bahawa kerja memindahkan kubur-kubur di Kg Sg Melayu akan dilakukan oleh Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kesemua penduduk Kg Pendas Laut akan dipindahkan dalam masa terdekat.
30/1/09 : P.A.R bersama En Azmi Adnan (Pengerusi J/K Bertindak) dan syed Othman melakukan lawatan pertama ke Kg Pendas Laut
2/2/09 : P.A.R bersama Sdr Suhaizan Kaiat mengadakan pertemuan dengan En. Mohd Noor dan En Zahir daripada IIB di Restoran Singgah Selalu di Danga Bay
5/2/09 : P.A.R bersama Firdaus (Peguam PAS Johor) mengadakan dialog dengan penduduk Kg Pendas Laut.
7/2/09 : P.A.R bersama YB Dr Boo Cheng Hau (ADUN Skudai) mengadakan dialog dengan penduduk Kg Pendas Laut. J/K Bertindak telah menghantar surat untuk mengadakan pertemuan dengan UPEN Negeri Johor tetapi sehingga sekarang tidak dijawab.
20/4/09 : J/K Bertindak telah menghantar memorandum kepada MB Johor bagi mengadakan perbincangan tentang isu Penempatan Semula yang masih belum siap pada Khamis 23/4/09.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Kes 2 : Bantahan bayaran pampasan 200 orang peserta Felcra Tebing Runtuh

En Daud bekas peserta Felcra Tebing Runtuh (sekarang telah dibangunkan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor) telah membuat aduan bahawa pampasan yang diluluskan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru adalah sebanyak RM 72 000 seekar tetapi pihak FELCRA telah mengenakan pelbagai pemotongan sehingga akhirnya peserta hanya mendapat pampasan sebanyak RM 35,000 seekar. 200 peserta telah bersetuju untuk membawa kes ke Mahkamah Tinggi. Peguam Syed Faisal telah dilantik dengan setiap peserta membayar RM 1000. Perbicaraan tidak berlaku kerana peguam menyatakan kes diselesaikan di luar mahkamah. Malangnya sehingga sekarang, tambahan pampasan masih belum diperolehi. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Bertindak menunggu sehingga bulan Mac / April. Jika masih tiada bayaran, maka P.A.R diminta membantu mereka.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Kes 3 : Menziarahi dan memberi bantuan mangsa kebakaran

24/1/09 : P.A.R telah menerima maklumat rumah ibu tunggal Pn. Norzihan bte Taib yang mempunyai 7 orang anak yang terletak di Taman Universiti telah terbakar. P.A.R telah menziarahi beliau pada 25 Januari 2009 dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 400.

(Status Kes : Selesai)

Kes 4 : Tiang lampu condong berhadapan Jusco, Taman Universiti

20/2/09 : P.A.R telah menerima aduan sebatang lampu telah condong 45 darjah dan membahayakan orang ramai. Tuan Kedai, Mr Chan telah membuat laporan kepada MPJBT selama 5 hari tetapi tiada tindakan. P.A.R telah membuat laporan semula ke MPJBT dan Biro Pengaduan Awam jam 11.00 pagi dan jam 5.00 petang tiang lampu telah ditukar dengan tang baru.

(Status Kes : Selesai)

Kes 5 : Lampu melintas jalan rosak berhadapan Sek. Keb. Taman Universiti (4)

Pihak sekolah telah membuat laporan ke MPJBT selama 2 hari tetapi tiada tindakan dibuat. Sebaik sahaja aduan diterima, P.A.R telah membuat aduan ke MPJBT dan jam 6.30 petang lampu melintas tersebut telah dibaiki

(Status Kes : Selesai)

Kes 6 : Kes kematian P. Ramlee dilanggar Bot Marin Polis Singapura

17/3/09 : P.A.R menerima laporan daripada En. Helmi tentang kematian P. Ramle
20/3/09 : P.A.R bertemu dengan keluarga Pak Cik Salam (Ayah P. Ramlee) di Pejabat PKR di Taman Teratai.
21/3/09 : Laporan Polis dibuat di Balai Polis Tampoi.
24/3/09 : P.A.R bersama PAS Kawasan menziarahi rumah Pak Cik Slam di Kg. Sg. Melayu dan mengadakan majlis tahlil arwah dan menyampaikan sumbangan RM 250.
26/3/09 : P.A.R mengiringi keluarga Pak Cik Salam membuat laporan ke Wisma Putra di Putrajaya
10/4/09 : Pak Cik Salam ditahan Polis atas waran tangkap INTERPOL dari Singapura
12/4/09 : Menziarahi keluarga Pak Cik Salam di Bandar Baru Uda dan menyumbang RM 160.
14/4/09 : Sebutan kes Pak Cik Salam di Sabornite Court di Singapura. Beliau mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara 6 tahun tanpa sebatan.

(Status Kes : Selesai)

Kes 7 : Adik Anja di Kg. Sg. Melayu

Adik Anja Shahmidah, anak seorang nelayan Iskandar Abdullah dilaporkan menghidap kecacatan jantung dan perlu dibedah segera. P.A.R telah menziarahi keluarga En Iskandar dan berjanji akan cuba membantu dari aspek kewangan. Setelah kes ini sampai ke pengetahuan Majlis Agama Islam johor, mereka bersetuju untuk menanggung seluruh kos pembedahan jantung adik Anja.

(Status Kes : Selesai)

Kes 8 : Peniaga Gerai di tapak Franchise City

(Status Kes : Selesai)

Kes 9 : Peniaga Gerai di Car City, Kulai (Lanjutan kes peniaga di Franchise City)

(Status Kes : Selesai)

Kes 10 : Bekalan air kepada peniaga makanan di Pasar Taman Universiti

Sebanyak 6 gerai makan di Pasar Taman Universiti tidak menerima bekalan ari sejak tahun 2005. Mereka memohon agar MPJBT dapat menyediakan bekalan air kerana perjanjian sewa gerai ada menyatakan tentang kemudahan bekalan air. Banyak aduan dan perbincangan telah dibuat dengan Yang Di Pertua MPJBT tapi masih belum selesai. Sekali lagi, P.A.R membawa isu ini kepada YDP MPJBT dengan harapan kali ini beliau akan memandang serius perkara ini

(Status Kes : Selesai)

Kes 11 : Isu peniaga Thailand di Taman Sri Skudai

Dalam 50 gerai di Jalan Emas Putih, hanay 15 yang benar-benar diusahakan oleh peniaga tempatan. Barang jualan juga banyak dibawa dari luar Negara yang tidak tahu status kebersihan dan kehalalannya. Perbincangan dengan YDP MPJBT telah dibuat dan beliau berjanji akan menyiasat kes itu.

(Status Kes : Selesai)

Kes 12 : Bantuan mangsa ribut di Gelang Patah

(Status Kes : Selesai)

Kes 13 : Pemberian geran tanah dan pemberian pampasan di Kg. Bukit Tempurung

21 orang peneroka awal Kg. Bukit Tempurung dinafikan hak untuk mendapatkan tanah. En Aziz bin Paiman telah tampil menghubungi P.A.R dan meminta bantuan. Kenyataan akhbar telah dibuat dan pihak JKK cuba berdolak dalik dalam isu ini. Ketika ini, En Aziz sedang dalam proses untuk menyerahkan memorandum kepada MB Johor untuk menuntut haknya kembali.

(Status Kes : Dalam Tindakan)

Kes 14 : Kerosakan j/raya kerja menambak tapak penempatan semula Kg. Pendas Laut

P.A.R telah menerima laporan Jalan di Kg Ladang telah rosak akibat kerja-kerja penambakan tapak penempatan semula Kg Pendas Laut. Laporan telah dibuat ke Biro Pengaduan Awam dan sedang menunggu maklum balas

(Status Kes : Selesai)

Kes 15 : Ibu Tinggal di Taman Sri Skudai

P.A.R menerima laporan seorang wanita yang ditinggalkan suami tinggal di Jalan Perak 6. Wanita tersebut tidak bekerja dan mempunyai 10 orang anak dan telah menyerahkan 2 orang anak kepada keluarga angkat akibat kesempitan hidup. Mereka hanya menunggu masa untuk diminta keluar dari rumah yang didiami di samping bekalan air yang telah dipotong dan bekalan elektrik yang juga menunggu masa untuk dipotong. P.A.R telah menzirahi rumah mereka dan memberi sedikit bantuan keperluan makanan dan juga wang

(Status Kes : Dalam Tindakan)

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More