Friday, July 31, 2009

JAWABAN SOALAN BERTULIS YB. DR. MOHAMMAD TASLIM (ADUN MAHARANI) SEMPENA PENGGAL PERSIDANGAN KEDUA BAGI DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 (JUN-JULAI 2009)

Soalan B110:


124 buah keluarga penduduk asal Kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah telah dijanjikan tanah 2 ekar seorang daripada keluasan 240 ekar.Akhirnya kerajaan hanya memberikan 1 ekar orang daripada keluasan 150 ekar. Kemanakah perginya 90 ekar tanah dan benarkah sebahagiannya tergadai pada bank oleh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ)?

Apakah pampasan yang akan diperolehi oleh penduduk dan kenapa tidak semua penduduk asal mendapat tanah?


Jawapan:

Tanah kg. Bukit Tempurong,Gelang Patah yang terlibat dengan pencerobohan sejak 1970an ditandakan sebagai PTD 1542 seluas 215 ekar bukannya 240 ekar.Tanah ini telah dikurniakan bagaimana RM Bil. 410/97 bertarikh 2.4.1997 untuk tujuan perumahan dan komersial. Hakmilik yang didaftarkan ialah HS (D) 165917 atas nama Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ Sdn. Bhd.)

Dalam lawatan Y.A.B. Menteri Besar Johor pada tahun 1999, beliau telah bersetuju sebahagian daripada tanah yang dikurniakan kepada KPRJ Sdn. Bhd. tersebut seluas 150 ekar hendaklah diserahkan kepada Kerajaan bagi dikurniakan kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

Dalam keputusan Kerajaan, KPRJ Sdn. Bhd. adalah dipertanggungjawabkan ke atas masalah setinggan yang tinggal di atas tanah sebelum tanah dibangunkan. Tiada tindakan dapat diambil kepada arahan Y.A.B. Menteri Besar Johor sehingga tahun 2008 kerana pihak KPRJ Sdn. Bhd. belum menyerahkan 150 ekar tanah berkenaan. Hanya pada tahun 2008 KPRJ Sdn. Bhd. bersetuju menyerahkan 150 ekar tanah kepada Kerajaan dengan Borang 12B telah dikemukakan ke PTG untuk pendaftaran pada 9 Jun 2009. Dalam masa yang sama, Jawatankuasa Penduduk telah menyerahkan nama 124 orang penduduk ke Pejabat Tanah pada 26 Disember 2008. Pihak Pejabat Tanah Johor Bahru telah mengadakan bancian semula ke atas tanah di Bukit Tempurong pada 26-28 Mei 2009. Senarai penama yang kemaskini dan pelan racikan tanah sedang disediakan oleh Pejabat Tanah Johor Bahru.

Selepas penyerahan tersebut, baki tanah adalah 65 ekar yang masih dimiliki Oleh KPRJ Sdn. Bhd. Pentadbiran Tanah akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaan sebagai yang dijanjikan.


Ulasan PAR Zon Nusajaya

Pihak PAR Zon Nusajaya mengucapkan terima kasih kepada YB Adun Maharani, Dr. Mohammad Taslim kerana bersetuju mengemukakan masalah Kg. Bukit Tempurung kepada persidangan DUN Johor baru-baru ini. Di dalam perenggan terakhir jawaban di atas dinyatakan bahawa Pentadbir Tanah Johor Bahru akan memastikan tiada penduduk asal yang tertinggal bagi tujuan kurniaaan. Tetapi hakikat yang berlaku adalah 21 penduduk asal seperti yang dimaklumkan kepada PAR oleh En. Abd Aziz b. Paiman, salah seorang penduduk asal yang dicicirkan nama mereka. En. Abd Aziz telahpun membina rumah diatas tapak rumahnya malangnya telah terlibat dengan kebakaran. Sepatutnya 21 nama yang digugurkan hendaklah dipanggil bermesyuarat dan dijelskan kenapa nama mereka digugurkan. Setakat ini alasan yang diberikan secara tidak rasmi adalah tidak berasas seperti kematian suami maka isteri tak layak dapat tanah walaupun merupakan peneroka kampung puluhan tahun, tak tinggal diatas tanahpun digugurkan. Sebagai contoh, En. Abd Aziz, seorang pegawal keselamatan terpaksa menyewa rumah di Kg. Melayu Gelang Patah kerana tapak rumah di Kg. Bukit Tempurung jauh darpada jalan utama bagi anak-anaknya mendapatkan pengangkutan awam kesekolah. Walaubagaimanapun beliau sering kerumah di Kg. Bkt Tempurung untuk membersihkannya sebelum kebakaran berlaku. Isunya sekarang adalah ;

1) 21 orang yang namanya digugurkan tidak dipanggil untuk diberikan penjelasan kenapa nama mereka digugurkan. Mereka tidak diberi peluang untuk membela diri.
2) PAR difahamkan penama-penama baru seramai 21 orang dimasukkan bagi menggantikan 21 nama yang digugurkan. Persoalannya siapakan mereka penama-penama baru tersebut?
3) Daripada penjelasan Kerajaan diatas jelas menunjukkan bahawa bukanlah YB Dato’ Aziz Sapian yang mengusahakan penduduk mendapatkan tanah sehinggakan sekarang nama Kg. Bukit Tempurung ditukar nama kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian. Maklumat terbaharu diterima bukan sahaja nama kampung tetapi nama jalan-jalan dikampungpun hendak ditukar. Apa salahnya nama jalan seperti Aman, Sentosa dan Bakti yang ada dikampung tersebut? Biasanya nama seseorang diabadikan bilaman mereka telah meninggal dunia tapi YB Dato’ Aziz Sapian mengabadikan semasa beliau masih hidup! Kan pelik tu.

Kerajaan dan JKKK Bkt. Tempurung perlu tampil bagi membuat penjelasan.

1 comments:

Syabas. Pada kebiasaannya nama seseorang diabadikan selepas mereka meninggal dunia bagi memperingati jasa mereka tapi Dato' Aziz Sapian nak namanya diabadikan masa ia masih hidup. Ni orang kata "nak nama" tidak ikhlas. Jasa tak perlu dipaksa untuk dikenang. Rakyat menilai apa yang anda buat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More