Monday, September 6, 2010

Perutusan Penyelia PAR Zon Nusajaya & YDP PAS Kawasan Gelang Patah

Antara kelebihan ibadah puasa adalah ianya meningkatkan nilai kemanusiaan diri kita terhadap nasib yang menimpa manusia lain yang tidak bernasib baik atau mereka yang ditimba musibah yang melibatkan kelaparan ekoran dari kekurangan makanan dan minuman. Puasa mendidik kita menjadi manusia yang sentiasa perihatin dan peduli kepada golongan manusia yang kurang bernasib baik. Marilah kita mengambil keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan meningkatkan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.Sempena menjelangnya Aidil Fitri marilah kita memohon ampun dan maaf khususnya kepada kedua ibubapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Bagi mereka yang...

Saturday, September 4, 2010

Bersama ADUN Skudai di Bazar Ramadhan Pekan Gelang Patah

Pada hari Ahad 29 Ogos, 2010, bermula jam 5.00 petang Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad, yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah bersama dengan YB Dr. Boo Cheng Hau (Adun Skudai) dengan disertai oleh Hj. Musa Wahab (NYDP PAS Gelang Patah) telah mengedarkan sejumlah 300 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung dan juga peniaga Bazar Ramadhan Pekan Gelang Patah, di Taman Nusa Perintis. Bendera kereta juga diedarkan sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali yang ke-53 di samping edaran akhbar Sinar Harian percuma edisi Ahad 29 Ogos 2010 yang memuatkan temu bual ekslusif dengan YB Dr. Boo...

Edaran Bantuan Hari Raya kepada Penduduk Taman Desa Paya Mengkuang Gelang Patah

Pada hari Sabtu, 28 Ogos, 2010 jam 5.00 petang Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad bersama dengan PAS Kawasan Gelang Patah telah mengedarkan bantuan hari raya di Taman Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah. Lebih daripada 15 keluarga telah menerima bantuan hari raya dalam bentuk beras dan wang tunai. Turut serta dalam program tersebut adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor iaitu Dato’ Dr Chua Jui Meng. Penyelia PAR Zon Nusajaya dan Dr Chua sempat mendengar aduan En. Rosli, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Desa Paya Mengkuang mengenai nasib 53 orang penduduk taman tersebut yang telah menerima notis...

Sunday, August 22, 2010

Bubur Lambuk Ramadhan dan Bendera Kemerdekaan

Pada hari Sabtu, 21 Ogos, 2010 bermula jam 5.00 petang, Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad bersama dengan para petugas PAS Kawasan Gelang Patah telah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan bubur lambuk dan 300 bendera kepada para pengunjung dan peniaga Bazar Ramadhan di Taman Universiti, Skudai. Pengedaran bubur lambuk dilakukan sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia dan pengedaran bendera untuk dipasangkan pada kenderaan dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan Negara kita kali ke-53. Sambutan bulan kemerdekaan ini bermula dari 15 Ogos sehinggalah 16 September, iaitu Hari Malaysia yang juga merupakan cuti...

Friday, August 20, 2010

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran

Penyelia PAR Zon Nusajaya bersama dengan YB Dr Boo Chen Hau (ADUN Skudai) dan Abang Rahman (Ketua Pas Cawangan Kg. Ladang) telah menziarahi mangsa kebakaran Pn. Kwek Ah Boi, 88 tahun di Kg. Tg. Kupang. Dalam lawatan tersebut, Penyelia PAR turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian termasuk wang tunai. Rumah Pn. Kwek telah terbakar pada malam Khamis yang lepas. Alhamdulillah, Pn Kwek yang berkeseorangan pada masa kejadian berlaku dapat menyelamatkan diri walaupun mennghadapi kesukaran untuk berjalan. Pn. Kwek telah tinggal di rumah tersebut lebih kurang 40 tahun dan sekarang tinggal besama dengan cucunya. Kebakaran diberitakan...

Thursday, August 19, 2010

Sumbangan Sempena Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Penyelia PAR Zon Nusajaya dengan kerjasama PAS Cawangan Lima Kedai pada Ahad , 8 Ogos yang lepas telah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di sekitar kawasan Lima Kedai sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Seramai 10 keluarga telah dikenalpasti sebagai penerima sumbangan tersebut. PAR Zon Nusajaya berdoa semoga persiapan menyambut Ramadhan dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan para penerima akan dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan lebih tenang....

Thursday, July 29, 2010

Jujurkah Kerajaan Johor & Iskandar Investment Berhad (IIB) Menolong Penduduk Kg. Pendas Laut?

Baru-baru ini penduduk Kg. Pendas Laut telah ditawarkan penempatan semula di Kg. Ladang. Diberitakan daripada 120 keluarga di Kg. Pendas Laut yang dibanci oleh Jawatankuasa Bertindak, hanya 60 keluarga sahaja yang memperoleh rumah di penempatan semula dengan 12 rumah diperuntukkan untuk tujuan ‘homestay’ yang akan diuruskan oleh penduduk penempatan semula. Beberapa persoalan timbul apabila kita membaca “MOU” antara penduduk Kg. Pendas Laut dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI). Antara persoalan pokok adalah pihak kerajaan dalam beberapa siri perundingan dengan penduduk sebelum ini menyatakan bahawa penempatan semula akan dijual kepada...

Tuesday, July 27, 2010

Benarkah Kewangan Kerajaan Johor & Johor Corporation (JCORP) Kukuh?

...

Malam Kesenian Islam

Penyelia PAR Zon Nusajaya yang juga merupakan Ahli Panel Penasihat Persatuan Wanita Perihatin Daerah Johor Bahru (PERWANIN) telah menghadiri program “Malam Kesenian Islam” yang julung-julung kali diadakan oleh PERWANIN di Dewan Serbaguna Taman Universiti pada Sabtu 7hb Julai 2010 yang lalu. Tetamu pada malam itu adalah mantan penyanyi utama kumpulan Raihan iaitu Ustaz Nazery Johani dan kumpulan SATNA. Majlis juga dimeriahkan dengan deklamasi sajak oleh Amnii Jagat tentang Palestin. Pada malam itu, di samping menikmati hiburan bercorak Islam, perlancaran Tabung Palestine juga diadakan. Program yang diadakan mendapat sambutan yang sangat mengalakkan...

Kes 11: Kaki Siapakah Ini?

Kaki ini adalah milik SP Suppayah yang telah mengalami kecederaan teruk apabila didakwa dipukul 23 kali dengan getah kabel elektrik oleh Warden Penjara Jalan Ayer Molek pada 3.45 petang 1hb. Julai 2010 yang lalu. Sebab kenapa beliau dipukul tidak diketahui. Walaupun SP Suppayah telah mengaku salah di hadapan mahkamah kerana mencederakan isteri, CM Premma dan dijatuhkan hukuman denda RM1,000 atau 7 hari penjara jika tidak membayar denda. Setelah hukuman dijatuhkan, mahkamah memberi tempoh sehingga jam 4 petang untuk membayar denda. Apabila isterinya, CM Premma tiba pada pukul 3.45 petang untuk membuat bayaran, beliau telahpun dipindahkan dari...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More