Sunday, August 22, 2010

Bubur Lambuk Ramadhan dan Bendera Kemerdekaan



Pada hari Sabtu, 21 Ogos, 2010 bermula jam 5.00 petang, Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad bersama dengan para petugas PAS Kawasan Gelang Patah telah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan bubur lambuk dan 300 bendera kepada para pengunjung dan peniaga Bazar Ramadhan di Taman Universiti, Skudai. Pengedaran bubur lambuk dilakukan sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia dan pengedaran bendera untuk dipasangkan pada kenderaan dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan Negara kita kali ke-53.


Sambutan bulan kemerdekaan ini bermula dari 15 Ogos sehinggalah 16 September, iaitu Hari Malaysia yang juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia. Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa pengedaran bendera akan dapat memeriahkan sambutan kemerdekaan di samping menanamkan semangat cintakan negara atau patriotisme khususnya di kalangan orang muda dan remaja, terhadap Negara Malaysia yang dicintai.


0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More