Thursday, March 22, 2012

Gerakan ABAI Johor Tidak Beretika

Kangkar Pulai - Pusat Aduan Rakyat Nusajaya (PAR Nusajaya) mendapat laporan dari penduduk setempat bahawa beberapa kejadian vandalisme telah berlaku di sekitar pekan Kangkar Pulai.


       Kejadian vandalisme itu dilaporkan sebenarnya telah dilakukan hampir sebulan dan rata-ratanya menyatakan bahawa contengan perkataan ABAI yang dilakukan di beberapa papan tanda disepanjang jalan ke pekan Kangkar Pulai itu adalah hasil tindak balas terhadap penubuhan dan gerakan Sekateriat Asal Bukan UMNO (ABU).

       Kesan tindakan vandalisme tersebut menyebabkan papan tanda disekitar pekan tersebut rosak dan perlu diperbaiki mahupun diganti.

       Menurut Ketua Pemuda Pas Kawasan Gelang Patah, Ustaz Zaifiddin Bin Isa, "Perlakuan vandalisme ini sebenarnya lebih menunjukan sikap rendahnya akhlak dikalangan pelaku yang memperjuangkan agenda ABAI itu sendiri".

       Tambah beliau, " Seharusnya pihak yang memperjuangkan ABAI itu melakukan tindakan dengan cara yang lebih terhormat kerana kita seharusnya memerangi budaya vandalisme dan menyemarakan budaya politik yang sihat. Tindakan ini jelas merugikan pelbagai pihak terutamanya rakyat kerana kemudahan papan tanda jalan tidak dapat digunakan sebaiknya".

       Dianggarkan kos yang diperlukan untuk menukar kesemua papan tanda yang rosak bakal menelan belanja sehingga puluhan ribu ringgit. 

 Seketariat ABU menggunakan kain rentang

Wednesday, March 21, 2012

Demonstrasi Aman Pemuda PAS Johor menghalang penjualan KFCH kepada Yahudi

 Demonstrasi Aman Menghalang Penjualan KFCH kpd CVC dari DPPNJ di KFC Larkin Pd Sabtu 5 ptg 17 Mac 2012.

Thursday, March 1, 2012

Hilang Melayu Kerana UMNO


Isu pengambilan tanah pengkalan pendaratan ikan Kampung Ladang Hujung oleh Iskandar Investment Berhad. Tanah ini pada mulanya telah dimohon oleh Persatuan Nelayan Kampung Ladang  pada awalnya tetapi Kerajaan Johor telah mengurniakan kawasan tanah tersebut dan kawasan sekitarnya termasuk Kampung Pendas Laut seluas 660 ekar kepada KPRJ. Tanah tersebuta akhirnya telah dijual kepada Iskandar Investment Berhad. Penduduk kampung kian tertekan lantaran pihak Iskandar Investment Berhad secara undang-undangnya berhak memiliki tanah tersebut.

Monday, February 20, 2012

Sumbangan di Surau Al-Rashidin kampung Paya Mengkuang

  
Gelang Patah, 19 Februari 2012: Sebanyak 15 keluarga di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah telah mendapat bantuan melalui sumbangan peribadi dari Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj Dzulkefly Ahmad. 


     Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Surau Al Rashidin Kampung Paya Mengkuang disertai oleh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Rashidin, penerima sumbangan dan penduduk kampung tersebut
.
     Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zaifiddin Isa, Ketua Pemuda PAS Gelang Patah selaku wakil kepada penyelia PAR Nusajaya.

     Pihak jawatankuasa surau yang telah menganjurkan majlis tersebut merakamkan rasa gembira dengan sumbangan yang telah dihulurkan kepada penduduk setempat yang layak menerima sumbangan kerana membantu dalam menperkasakan agenda kebajikan dan mengimarahkan Surau Al-Rashidin.

     Majlis penyampaian sumbangan tersebut diadakan selepas berakhirnya Majlis Sambuatan Maulidurrasul Surau Al-Rashidin.

Friday, February 17, 2012

Kenyataan Media


Kelab Wartawan, Taman Maju Jaya, 16 Februari 2012 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman keatas rumah dan kereta Tn.Hj Zulkefli b. Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor) yang mana tragedi ini adalah amat serius,dan Pas Negeri Johor berpendapat tragedi ini adalah suatu cubaan membunuh beliau sekeluarga.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor berharap pihak Polis dan Jabatan yang kekaitan membuat siasatan yang menyeluruh dan telus sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor telah membuat keputusan akan terus mendesak ,Johor Corporation(Jcorp) membatalkan cadangannya mengambil alih KFC Holdings Berhad dan QSR Brand Berhad melaluai syarikat Massive Equity Sdn Bhd (MESB).Pengambilalihan tersebut memberi implikasi besar kepada bumiputra apabila 49% saham didalam KFC dan QSR akan terlepas kepada syarikat asing melaluai pemilikan 49% saham oleh Citigroup Venture Capital (CVC) dalam MESB.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan meneruskan penerangan kepada seluruh rakyat Johor dan tidak akan berundur walau seinci pun memperjuangkan isu tersebut sehingga,Johor Coporation (Jcorp) membatalkan hasratnya mengambil alih KFC dan QSR untuk dijual kepada pihak asing.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor akan mengadakan Road Show Penerangan secara besaran diseluruh daerah pada 19 Feb 2012 (Ahad), untuk menjelaskan sepada seluruh rakyat Johor tentang isu tersebut.Road Show tersebut diketuai oleh Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man(Ketua Penerangan Pas Pusat),sempena konvoi penerangan Pas Pusat melawat Negeri Johor.Road Show tersebut bermula awal pagi,kuliah subuh,bersarapan bersama rakyat,Hi-Tea,program kebajikan dan edaran risalah sehingga acara kemuncak ceramah perdana seluruh Johor.Diantara kepimpinan yang bersama menyemarakkan Road Show tersebut YB.Dato Mahfuz Omar (Naib Presiden),YB Salahuddin Ayub (Naib Presiden),Dato Seri Nizar Jamaluddin (AJK Pas Pusat),Kepimpinan Pemuda,Muslimat dan Ulamak Pas Pusat.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengharapkan Road Show tersebut akan memberikan penjelasan dan kefahaman kepada seluruh rakyat Johor implikasi buruk kesan dari pengambil alihan KFC dan QSR

HAJI GHAZALEY B. HJ AYIUB
Ketua Penerangan
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor


s.k.       1. Pesuruhjaya PAS Negeri Johor
            2. Setiausaha Perhubungan Pas Johor 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More