Thursday, January 12, 2012

MB Berbohong Kepada Rakyat Johor

JOHOR BAHRU, 12 Januari 2011 – Setelah mendapat desakan daripada PAS Johor berhubung isu pengambilan QSR dan KFCH oleh JCORP, Dato’ Abdul Ghani Othman yang merupakan Menteri Besar Negeri Johor telah membuat kenyataan akhbar kali pertama berhubung isu berkenaan seperti yang disiarkan oleh Berita Harian edisi Khamis, 5 Januari 2012 dan Harian Metro edisi Jumaat, 6 Januari 2012.

PAS Johor semalam, telah membuat sidang akhbar sebagai kenyataan balas terhadap kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Besar.

Kenyataan akhbar kali ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Bin Muhamed.

Di dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Menteri Besar Dato’ Abdul Ghani Othman telah membuat beberapa kenyataan bohong dan mengelirukan rakyat Negeri Johor.

Antara kenyataan beliau adalah seperti berikut :

Kenyataan Pertama MB

1. Pengambilalihan tidak melibatkan pihak asing. JCORP hanya meningkatkan saham dalam QSR dari 33% kepada 51% dan dalam KFCH dari 17% kepada 51%.

Ulasan PAS Johor

Kenyataan cuba untuk mengelirukan dan memperbodohkan rakyat Johor. Bukankah JCORP bekerjasama dengan CVC Capital Partners (CVC) menubuhkan syarikat tujuan khas (special vehicle purpose) iaitu Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) yang mana JCORP memegang 51% kepentingannya manakala 49% lagi dipegang oleh CVC.

CVC merupakan sebuah firma equiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari yahudi.

Pada tahun 1993, CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.

Bukankah sebaik sahaja pengambilalihan ini selesai maka secara langsung 49% kepentingan dalam QSR dan KFCH akan terlepas kepada pihak asing melalui CVC?

Kenyataan Kedua MB


2. Pengambilalihan keseluruhan kepentingan QSR dan KFCH melalui MESB adalah sebahagian ‘Proses Rasionalisasi’ perniagaan JCORP agar bahagian tertentunya menumpu kepada perniagaan utama seperti Kulim (M) Berhad tidak lagi terlibatdalam perniagaan runcit makanan tetapi menumpukan kepada perniagaan utamanya sahaja iaitu perladangan.

Ulasan PAS Johor


‘Proses Rasionalisasi’ dilaksanakan dalam dunia korporat bilamana sesuatu organisasi perniagaan menghadapi masalah di dalam pentadbirannya atau perniagaannya tidak mencapai prestasi yang diharapkan.

Di dalam kes QSR dan KFCH, keua-dua syarikat adalah merupakan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan kedua-dua syarikat tersebut telah mencatatkan prestasii yang sangat baik dari segi jualan, keuntungan dan jumlah bilangan outlet sepanjang berada di bawah pengurusan Kulim (M) Bhd. Dengan kata lain QSR dan KFCH bukanlah syarikat yang ‘tenat’ seebaliknya merupakan ‘syarikat lubuk emas JCORP’ dengan jualan kasar mencecah RM 3 bilion setahun.

Adalah menjadi amalan biasa sesebuah syarikat terlibat dengan beberapa jenis perniagaan terutama ianya sangat baik jika dilihat daripada segi pengagihan risiko perniagaan (business risk diversification). Apa yang dilaksana oleh Kulim (M) Bhd. Dengan terlibat dalam sektor perladangan dan perniagaan runcit makanan adalah perkara biasa.

Antara prestasi cemerlang KFCH adalah peningkatan keuntungan kasar dari RM 65 juta (2005 sebelum diambilalih oleh JCORP) kepada RM 222 juta pada tahun 2010 (peningkatan 241%).

Prestasi cemerlang ini juga telah memberikan kepercayaan pemegang francais utama KFC untuk memberikan hak francais KFC di Singapura, Brunei, Combodia, dan India kepada KFC Malaysia.

Kenyataan Ketiga MB


3. CVC dipilih sebagai rakan kongsi JCORP kerana prestasi cemerlang dan pengalaman luasnya menguruskan perniagaan yang sama dan berpengalaman dalam membuat pelaburan di rantau ini.
Ulasan PAS Johor

Kenyataan ini merupakan satu lagi pembohongan Menteri Besar Johor kepada rakyat Johor. CVC adalah syarikat ekuiti persendirian dan perunding pelaburan dan bukannya pengendali rangkaian restoran makanan.
CVC sebenarnya langsung tidak mempunyai pengalaman dalam mengeendalikan perniagaan rangkaian restoran makanan.

Apa yang dirancang oleh MESB adalah untuk kemungkinan membawa masuk Mr. Art Rautio, bekas Timbalan Presiden dan Pengarah Urusan (Managing Director) Yum! Restaurants International berpangkalan di Singapura.

Beliau adalah lulusan Havards Business School, USA dan memiliki 23 tahun pengalaman kerja dengan PepsiCo dan 14 tahun berpengalaman kerja dengan Yum! Restaurants Asia di Singapura.

Yum! Restaurants Asia melalui Yum! Restaurants (India) Pvt. Ltd. Juga mengendalikan rangkaian Restoran KFC di India milik KFCH Malaysia.

Kenyataan Keempat MB


4. Pengambilalihan QSR dan KFCH akan dibiayai kombinasi tunai (ekuiti) dan hutang. Namun hutang yang ditanggung bukan pada JCORP sahaja, tetapi pada syarikat yang akan mengambilalih QSR dan KFCH. Dalam hal ini hutang itu akan disandarkan kepada kekuatan aliran tunai QSR dan KFCH.

Ulasan PAS Johor


Kos keseluruhan pengambialihan adalah RM 5.2 bilion. Kemungkinan apa yang akan dilakukan adalah mmasing-masing pihak (JCORP dan CVC) akan mengeluarkan modal awalan sebanyak RM500 juta bagi membolehkan MESB memiliki modal pusingan RM 1 bilion.

Baki RM 4.2 bilion akan diperoleh dengan membuat pinjaman atas nama QSR dan KFCH bersandarkan kepada kekuatan aliran tunai mereka.

Sebahagian dari hasil pengambilalihan RM 5.2 bilion yang diperoleh akan dimiliki oleh JCORP. Keuntungan ini akan dapat menampung kembali pusingan modal RM 500 juta yang dikeluarkan oleh JCORP.

Benarlah JCORP tidak menambah hutang di peringkat JCORP, sebaliknya menambah hutang di peringkat kumpulan iaitu QSR dan KFCH akan berhutang bagi meembiayai kos pengambilalihan itu.

Dalam kenyataan akhbar kali ini, Tuan Haji Dzulkefly, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor menyimpulkan bahawa,” PAS Negeri Johor sangat bimbang apabila QSR dan KFCH dibebankan dengan hutang maka sudah tentu akan menjelaskan prestasi dan keuntungan QSR dan KFCH, malah ianya juga akan membantutkan program perkembangan syarikat tersebut pada masa hadapan.”

Tambah beliau lagi, PAS Negeri Johor juga bimbang, selepas pengambilalihan hutang JCORP tidak selesai malah anak syarikatnya QSR dan KFCH pula akan terlibat dengan bebanan hutang.

Turut hadir dalam sidang akhbar ini ialah YDP PAS Johor Bahru dan Ketua Pemuda PAS Johor.

Sidang akhbar bermula kira-kira jam 11.30 pagi dan tamat sekitar 1.00 tengah hari.

Jangan jadi pengkianat kepada Bumiputra

JOHOR BAHRU - PAS Negeri Johor mendesak Menteri Besar Abdul Ghani Othman menjawab isu tawaran pengambilan keselurahan perniagaan KFC Holdings(M) Bhd dan QSR Brands Bhd.

Desakan kali kedua itu dilontarkan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr. Mahfodz Mohamad yang mahu Menteri Besar Johor Dato' Abdul Ghani selaku Pengerusi Johor Corporation (JCORP) agar tidak terus mendiamkan diri sejak cabaran pertama di buat dua minggu lalu.

"Menteri Besar Ghani kena jawab isu yang di bangkitkan, kami mahu penjelasan, jika beliau berdiam diri dalam seminggu ini kami akan teragak-agak bertindak menghantar memorandum di Nusajaya Pejabat Kerajaan Negeri Johor,",tegas Tuan Haji Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

"Kami rasa ada agenda tersebunyi yang dibimbangi akhirnya akan menguntungkan pihak-pihak tertentu yang di lihat masih tidak akan membantu JCORP menyelesaikan hutangnya," jelas beliau lagi.

PAS Negeri Johor juga menyokong cadangan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang menyatakan hasrat mengambil semua kepentingan semua QSR dan KFCH daripada di jual kepada warga asing.

Jelasnya tawaran pembelian Rm 6.90 sesaham iaitu RM0.10 lebih tinggi daripada yang di tawarkan syarikat sebelumnya seperti yang di suarakan oleh Persiden DMMP.


Sumber : Selatan Online

Tuesday, January 3, 2012

PAR Nusajaya, Peka Isu Banjir Sekitar Sungai Pulai

GELANG PATAH, 2 Januari 2012: Kejadian Banjir yang seringkali melanda di beberapa buah kampung disekitar Sungai Pulai, Gelang Patah telah menimpulkan kebimbangan kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut.


Hasil lawatan yang telah dilakukan, Pusat Aduan Rakyat Nusajaya (PAR Nusajaya) telah mendapatkan maklum balas dari jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Johor berkenaan banjir di Kampung Ulu Pulai dan Kampung Pulai terutamanya apabila fenomena ‘Air Pasang Besar’ bertembung dengan air hujan yang turun ke laut.

Menurut Penyelia PAR Nusajaya Tn Hj Sr. Dzulkefly Bin Ahmad, “JPS Johor memaklumkan bahawa pintu air yang telah rosak dan masih terdapat di Sungai Pulai bagi menghalang kemasukan air pasang adalah milikan persendirian oleh peladang-peladang. JPS Johor tiada rekod mengenai pembangunan pintu air tersebut”.

Perbincangan telah diadakan dengan JPS Johor dalam mencari solusi yang terbaik bagi penduduk kampung-kampung yang terlibat secara langsung seperti Kg. Ulu Pulai, Kg. Pulai dan Kg. Bukit Tempurung. Perkara ini turut dirujuk kepada Pejabat Daerah Pontian.

Hasil perbincangan tersebut, pihak JPS Johor akan memperbaiki pintu air yang sedia ada dan menyediakan kolam takungan sementara berdekatan pintu air bagi menampung lebihan air apabila berlakunya hujan lebat dan air pasang besar serentak.

Kos baik pulih pintu air tersebut dianggarkan sekitar RM 20,000.00 yang akan dibiayai oleh Pejabat Daerah Pontian untuk menjaga kebajikan dan keselamatan penduduk setempat yang sering dilanda kebimbangan apabila hujan lebat berlaku.

Bersempena dengan ‘Program Sumbangan Back To School’ yang telah diadakan di Kg. Ulu Pulai, Kg. Pulai dan Kg. Bukit Tempurung, Tn. Hj. Sr. Dzulkefly Bin Ahmad telah memberikan maklum balas terhadap usaha yang telah dilakukan oleh PAR Nusajaya demi menyelesaikan kemelut panjang masalah setempat disamping menyalurkan bantuan.

Lawatan tersebut telah mendapat sambutan yang baik dari semua penduduk yang telah dikunjungi.

Sunday, January 1, 2012

Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad: Kebajikan Rakyat Agenda Utama Kami


NUSAJAYA, 1 Jan 2012: Kenaikan harga barang yang melampau sejak kebelakangan ini telah banyak membebankan rakyat. Kesan kenaikan harga keperluan ini semakin dirasai kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah kerana harga keperluan sekolah turut naik dikala pendapatan isi rumah mereka yang kurang.

Menurut Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad selalu Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah merangkap Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, kenaikan harga barang ini disebabkan oleh pengurangan subsidi oleh kerajaan ketika ini. Subsidi yang sepatutnya diberikan kepada rakyat oleh kerajaan juga ujar beliau harus dianggap sebagai satu tangungjawab dan bukannya bebanan kepada kerajaan

" PAS dan Pakatan Rakyat telah menjadikan agenda kebajikan rakyat sebagai agenda utama kita. Sudah menjadi tangungjawab kami untuk menjaga kebajikan rakyat negara ini akibat daripada kesan kenaikan harga barang ketika ini."

"PAS juga telah melancarkan konsep negara berkebajikan yang dirangka khas untuk untuk menjaga kebajikan rakyat dengan mengagihkan keuntungan negara kepada rakyat melalui subsidi. Subsidi bagi kita adalah satu tangungjawab sesebuah kerajaan kepada rakyat dan bukannya satu bebanan kepada negara" ujar beliau lagi.

Beliau berucap demikian dalam program 'Kembali Ke Sekolah' yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Gelang Patah.  Dalam program ini seramai 59 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar Taman Universiti telah menerima sumbangan berupa wang perbelanjaan dan alatan persekolahan.

Sumbangan ini dismapaikan sendiri oleh Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad sebagai satu tangungjawab untuk meringankan beban ibu bapa yang terpilih menjelang sesi persekolahan yang bakal tiba.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More