Monday, February 20, 2012

Sumbangan di Surau Al-Rashidin kampung Paya Mengkuang

   Gelang Patah, 19 Februari 2012: Sebanyak 15 keluarga di Kampung Paya Mengkuang, Gelang Patah telah mendapat bantuan melalui sumbangan peribadi dari Penyelia Pusat Aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj Dzulkefly Ahmad.       Majlis penyerahan sumbangan telah diadakan di Surau Al Rashidin Kampung Paya Mengkuang disertai oleh Ahli Jawatankuasa Surau Al-Rashidin, penerima sumbangan dan penduduk kampung tersebut.     Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zaifiddin Isa, Ketua Pemuda PAS Gelang Patah selaku wakil kepada penyelia PAR Nusajaya.      Pihak jawatankuasa surau...

Friday, February 17, 2012

Kenyataan Media

Kelab Wartawan, Taman Maju Jaya, 16 Februari 2012 - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman keatas rumah dan kereta Tn.Hj Zulkefli b. Ahmad (Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Johor) yang mana tragedi ini adalah amat serius,dan Pas Negeri Johor berpendapat tragedi ini adalah suatu cubaan membunuh beliau sekeluarga. Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor berharap pihak Polis dan Jabatan yang kekaitan membuat siasatan yang menyeluruh dan telus sehingga tertangkapnya penjenayah yang terlibat.Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Johor telah membuat keputusan akan terus mendesak ,Johor Corporation(Jcorp)...

Monday, February 13, 2012

Penduduk Kampung Orang Asli Simpang Arang Tiada Pembelaan

Gelang Patah, 13 Februari 2012 - Penduduk kampung perkampungan nelayan orang asli Simpang Arang, Gelang Patah semakin tertekan lantaran sumber keperluan hidup semakin sukar diperolehi. Penyelia Pusat aduan Rakyat Nusajaya, Tn Hj. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan Program Jelajah Perkampungan Orang Asli Simpang Arang bagi menyelami dan bertindak untuk memperkasakan agenda kebajikan di perkampungan tersebut pada Ahad lalu seawal 9.00 pg.          Salah seorang pemimpin dari kampung tersebut yang lebih mesra dikenali sebagai En. Amin turut membantu Rombongan Pusat Aduan Rakyat Nusajaya untuk menyantuni dan menghulurkan...

Wednesday, February 8, 2012

Dewan Pemuda PAS Pusat Mengecam Tindakan Pengeboman Kereta Hj. Dzulkefly Ahmad

  PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat pada Jumaat mengecam tindakan pihak tertentu yang membakar kereta dan rumah milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad di Taman Universiti, Gelang Patah, Johor Baru, awal pagi tadi. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Noor menyifatkan tindakan tersebut dilakukan oleh individu tidak bermaruah kerana hanya mampu 'menyerang hendap' pemimpin PAS Johor itu dan tidak berani bersemuka dengannya. "Kejadian itu dilihat sebagai cubaan sabotaj dengan niat untuk mencederakan atau membunuh pemimpin PAS itu," katanya menerusi satu kenyataan media, Jumaat. Pada tahun lalu, Timbalan Presiden PAS,...

BMW, Rumah TPJ Johor Terbakar, Dipercayai Khianat

JOHOR BAHRU, 3 Feb: Sebuah kereta BMW milik Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad serta tingkat bawah rumahnya di Taman Universiti, di sini hangus terbakar dalam satu kejadian yang dipercayai perbuatan khianat, awal pagi ini. Dzulkefly ketika dihubungi Harakahdaily berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas. "Ketika itu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba terdengar satu letupan kuat. Saya kejut isteri dan saya lihat enjin kereta BMW terbakar dan ada api di tingkat bawah rumah. "Tidak lama kemudian satu lagi letupan...

Monday, February 6, 2012

Saya Tidak Akan Berundur

NUSAJAYA, 6 Feb 2012: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa beliau tidak akan patah semangat dan tidak akan undur setapak kebelakang walaupun rumah dan kereta beliau dibom pada kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi, 3 Februari yang lalu. Menurut kenyataan pegawai forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor kira-kira pada 12.30 tengah hari Jumaat lalu, besar kemungkinan bahawa punca kebakaran dan letupan adalah disebabkan kombinasi letupan bom beserta thinner yang dipasang di atas enjin kereta BMW. Meskipun begitu, beliau menyatakan bahawa beliau tidak...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More