
Baru-baru ini penduduk Kg. Pendas Laut telah ditawarkan penempatan semula di Kg. Ladang. Diberitakan daripada 120 keluarga di Kg. Pendas Laut yang dibanci oleh Jawatankuasa Bertindak, hanya 60 keluarga sahaja yang memperoleh rumah di penempatan semula dengan 12 rumah diperuntukkan untuk tujuan ‘homestay’ yang akan diuruskan oleh penduduk penempatan semula. Beberapa persoalan timbul apabila kita membaca “MOU” antara penduduk Kg. Pendas Laut dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI).
Antara persoalan pokok adalah pihak kerajaan dalam beberapa siri perundingan dengan penduduk sebelum ini menyatakan bahawa penempatan semula akan dijual kepada...