Monday, August 17, 2009

Penghantaran Memorandum Penduduk Kg Bukit Tempurung Kepada YAB Dato' Menteri Besar Johor



Pada Selasa, 11 Ogos, 2009, Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung bersama
PAR Zon Nusajaya telah menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri
Besar Johor pada pukul 11.30 pagi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan.
Seperti yang dijangkakan YAB Dato’ Menteri Besar tidak bersedia untuk menerima
memorandum tetapi sebaliknya mewakilkan kepada Dr. Gunawan, Setiausaha Politik
Menteri Besar bagi menerima bagi pihaknya. Antara tuntutan memorandum rakyat
yang dihantar kepada MB Johor adalah seperti berikut;

1) Tidak bersetuju dengan pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz. Jawatankuasa Bertindak telah mengumpulkan 81 tanda tangan penduduk yang tidak bersetuju dengan pertukaran nama kampung daripada Kg. Bkt Tempunrung kepada Kg. Dato’ Aziz.
2) 21 orang yang namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar minta dimasukkan semula.
3) 23 orang yang terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka meminta supaya kerajaan negeri memberikan pampasan yang mencukupi bagi mereka membina rumah ditapak baru kerana sebahagian besar mereka adalah merupakan warga emas yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Dr. Gunawan memberikan janji akan mengkaji secara terperinci isikandungan memorandum dan akan memberikan pandangan kepada YAB Dato’ Menteri Besar tindakan bersesuian yang perlu dilakukan. Jawatankuasa Bertindak diwakili oleh En. Aziz Paiman.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More