Wednesday, August 5, 2009

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kg Bukit Tempurung & Kg Pendas Laut Akan Menghantar Memorandum Kepada Menteri Besar Johor

MEMORANDUM KEPADA YAB DATO’ MENTERI BESAR JOHOR

Jawatankuasa Bertindak Kg. Bukit Tempurung dengan Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut akan menghantar Memoradum Rakyat kepada YAB Dato’ Menteri Besar Johor pada Selasa, 11hb. Ogos, 2009 jam 10.30 padi di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Bagi J/K Bertindak Kg. Bukit Tempurung ini adalah merupakan memorandum pertama yang antara lain melibatkan isu;

1) Pertukaran nama Kg. Bukit Tempurung kepada Kg. Dato’ Aziz Sapian serta nama-nama lorong tanpa persetujuan keseluruhan penduduk kampung.
2) 21 orang didapati namanya digugurkan daripada mendapat kurniaan tanah 1 ekar walaupun merupakan peneroka asal kampung tersebut.
3) 23 peneroka asal terpaksa berpindah kerana tanah berserta rumah yang telah dibina tidak terletak dalam kawasan 150 ekar yang akan dikurniakan. Mereka tidak diberikan pampasan sedangkan mereka adalah merupakan warga tua yang tidak layak lagi membuat pinjaman dengan bank.

Bagi J/K Bertindak Kg. Pendas Laut, ini adalah merupakan memorandum kali ke-2 yang akan dihantar yang antara lain merangkumi isu-isu berikut;

1) Mendapatkan senarai penuh 62 keluarga yang mendapat penempatan semula beserta 20 nama tambahan.
2) Konsep penempatan semula. Samada sewa-beli atau dijual dan berapakah jumlah bayaran yang terlibat.
3) Jaminan bahawa segala kemudahan yang terdapat di Kg. Pendas Laut akan juga dibina di penempatan baru.

Pada sesiapa yang berkelapangan bolehlah bersama-sama dengan penduduk Kg. Bkt Tempurung dan Kg. Pendas Laut untuk member sokongan moral bagi memastikan slogan kerajaan benar-benar merealisasikan slogan “Rakyat di dahulukan, Prestasi diutamakan”. Sebarang pertanyaan bolehlah dikemukan kepada Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly Ahmad 019-7555541.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More