
NUSAJAYA - Impian 314 orang penduduk sekitar untuk menduduki rumah yang dibeli di Bandar Pulai Jaya terus menjadi tanda tanya apabila rumah yang dijanjikan akan siap masih lagi terbengkalai. Rumah yang mula dibina sejak tahun 2005 itu sepatutnya sudah boleh diduduki penduduk sejak tahun 2007 lagi. Namun, rumah yang dibeli masih lagi gagal disiapkan oleh pemaju iaitu Renewed Group Global Sdn Bhd.
Nyata kecewa dengan sikap pemaju yang gagal menyiapkan rumah mereka yang terbengkalai itu, beberapa orang wakil penduduk bertindak untuk menemui Penyelaras Pusat Aduan Rakyat DUN Nusajaya, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Kawasan...