Friday, December 30, 2011

Pembahagian Kerusi DAP-PKR Johor Belum Selesai

JOHOR BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Perbincangan mengenai pembahagian kerusi yang akan ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat dan DAP di Johor pada pilihan raya umum ke-13 belum selesai.Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng ketika dihubungi Bernama hari ini bagaimanapun menafikan hubungan parti itu dengan DAP, rakannya dalam pakatan pembangkang, berada dalam keadaan tegang berikutan isu pembahagian kerusi antara kedua-dua parti itu."Biasalah, dia (DAP Johor) mahukan kerusi saya (PKR Johor) dan saya pula mahukan kerusi dia. Perbincangan masih berjalan, apabila pemimpin pusat membuat keputusan, kita semua kena akur. Itu adalah disiplin parti,"...

Thursday, December 29, 2011

Pembahagian Kerusi PAS di Johor Selesai

28 Dis 2011, JOHOR BAHARU: PAS negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada PRU 2008 kepada DAP dan PKR.“Kesemua kerusi Dun dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit,” katanya kepada Bernama, hari ini.Katanya, PAS Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan...

Tuesday, December 27, 2011

SPRM siasat rasuah, seleweng kontrak Iskandar?

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu. Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan. Utusan Malaysia difahamkan penyelewengan tersebut turut melibatkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek untuk syarikat itu. Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab...

Thursday, December 22, 2011

J-CORP bakal ambilalih QSR dan KFCH?

JOHOR BAHRU, 21 Disember 2011 – Badan Perhubungan PAS Negeri Johor mengambil inisiatif yang proaktif dengan mengadakan sidang akhbar berkenaan isu cadangan pengambilalihan QSR dan KFCH oleh Johor Corporation (J-CORP) semalam. Timbalan pesuruhjaya PAS negeri Johor, Tuan Haji Dzulkefly Bin Ahmad membentangkan secara jelas dan terperinci kesungguhan cadangan J-CORP dalam pengambilalihan QSR dan KFCH yang mana tawaran tersebut akan berakhir pada 21 Disember 2011, hari ini.Beliau menyatakan bahawa J-CORP pada 14 Disember 2011 yang lalu, melalui sebuah syarikat khas (SPV), Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) telah mengemukakan tawaran kepada...

Tuesday, December 20, 2011

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,718

JOHOR BAHARU, 20 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor setakat 10 pagi tadi meningkat kepada 1,718 orang berbanding 1,011 orang semalam. Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sebanyak 28 pusat pemindahan banjir dibuka. Empat lagi pusat pemindahan dibuka di Kluang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK)Sungai Linau, Dewan Parit Haji Hassan, Balairaya Kampung Bentong, Sekolah Agama Kampung Tengah 1 menjadikan 16 pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu. Jumlah mangsa di daerah itu meningkat daripada 754 kepada 1,039 mangsa. Pusat pemindahan lain di Kluang ialah Balai Raya Kampung Kolam Air; Balai Raya...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More