Thursday, October 20, 2011

Salah Urus Tadbir Pengorekan Pasir Sungai Ulu Pulai

ULU PULAI 14 OKTOBER : Penduduk Kampung Ulu Pulai semakin tertekan lantaran kerja-kerja mengorek dan mengangkut pasir yang diberi permit oleh Pejabat Tanah Pontian kepada sebuah syarikat swasta. Aktiviti ini meninggalkan kesan buruk kepada struktur tebing sungai di kawasan tersebut yang sebenarnya telah 'memakan' tanah penduduk kampung di situ. Salah guna permit korek pasir Lebih menyedihkan lagi, aktiviti mengorek pasir yang tidak terkawal itu menyebabkan struktur tanah menjadi lemah dan telah mengakibatkan runtuhnya sebuah rumah penduduk kampung dan dibawa arus sungai. Perkara ini semakin dibimbangi terjadi kembali kerana kawasan...

Friday, October 14, 2011

Ceramah Demi Rakyat - Hj Zul

Mengupas isu-isu terkini selatan Malaysia yang berkaitan dengan kepincangan Kerajaan Barisan Nasional di Johor yang dibisukan media. Antaranya adalah pembahagian kekayaan Iskandar Malaysia yang bukan menguntungkan rakyat tempatan, tapi hanya seperti menjual negara kepada pelabur-pelabur Singapura. Juga menyentuh berkenaan keangkuhan pemerintah negeri terhadap kuasa pemerintahan di Johor....

Wednesday, October 12, 2011

Penduduk Gelang Patah Banjiri Ceramah Mat Sabu

ULU PULAI , 12 Oktober 2011: Lebih dari 1000 orang penduduk setempat hadir ke Ceramah Penerangan anjuran PAS Kawasan Gelang Patah semalam. Kehadiran orang ramai ini mengambarkan penduduk mula haus untuk mencari sumber-sumber berita yang sahih yang semakin jarang didapati di media utama negara ketika ini. Ceramah yang dianjurkan di Markas PAS Ulu Pulai itu dibarisi oleh Timbalan Presiden PAS, Tn. Hj. Mohamad Bin Sabu atau lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu . Turut memeriahkan ceramah ini adalah Tn. Hj. Dzulkefly Bin Ahmad selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Saudara Suhaizan Bin Kaiat...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More