Sunday, August 22, 2010

Bubur Lambuk Ramadhan dan Bendera Kemerdekaan



Pada hari Sabtu, 21 Ogos, 2010 bermula jam 5.00 petang, Penyelia PAR Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad bersama dengan para petugas PAS Kawasan Gelang Patah telah mengedarkan sebanyak 200 bungkusan bubur lambuk dan 300 bendera kepada para pengunjung dan peniaga Bazar Ramadhan di Taman Universiti, Skudai. Pengedaran bubur lambuk dilakukan sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia dan pengedaran bendera untuk dipasangkan pada kenderaan dilakukan sempena sambutan bulan kemerdekaan Negara kita kali ke-53.


Sambutan bulan kemerdekaan ini bermula dari 15 Ogos sehinggalah 16 September, iaitu Hari Malaysia yang juga merupakan cuti umum bagi rakyat Malaysia. Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa pengedaran bendera akan dapat memeriahkan sambutan kemerdekaan di samping menanamkan semangat cintakan negara atau patriotisme khususnya di kalangan orang muda dan remaja, terhadap Negara Malaysia yang dicintai.

Friday, August 20, 2010

Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran


Penyelia PAR Zon Nusajaya bersama dengan YB Dr Boo Chen Hau (ADUN Skudai) dan Abang Rahman (Ketua Pas Cawangan Kg. Ladang) telah menziarahi mangsa kebakaran Pn. Kwek Ah Boi, 88 tahun di Kg. Tg. Kupang. Dalam lawatan tersebut, Penyelia PAR turut menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian termasuk wang tunai. Rumah Pn. Kwek telah terbakar pada malam Khamis yang lepas. Alhamdulillah, Pn Kwek yang berkeseorangan pada masa kejadian berlaku dapat menyelamatkan diri walaupun mennghadapi kesukaran untuk berjalan. Pn. Kwek telah tinggal di rumah tersebut lebih kurang 40 tahun dan sekarang tinggal besama dengan cucunya. Kebakaran diberitakan berpunca daripada lilin yang yang digunakan, kerana semasa kejadian berlaku bekalan elektrik di kawasan kampung tersebut terputus. Cadangan akan dikemukakan kepada pihak TNB supaya memastikan bekalan elektrik di kawasan tersebut tidak lagi mengalami kekerapan gangguan elektrik.

Thursday, August 19, 2010

Sumbangan Sempena Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Penyelia PAR Zon Nusajaya dengan kerjasama PAS Cawangan Lima Kedai pada Ahad , 8 Ogos yang lepas telah menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin di sekitar kawasan Lima Kedai sempena menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Seramai 10 keluarga telah dikenalpasti sebagai penerima sumbangan tersebut. PAR Zon Nusajaya berdoa semoga persiapan menyambut Ramadhan dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan para penerima akan dapat menghayati Ramadhan kali ini dengan lebih tenang.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More