Monday, September 6, 2010

Perutusan Penyelia PAR Zon Nusajaya & YDP PAS Kawasan Gelang Patah

Antara kelebihan ibadah puasa adalah ianya meningkatkan nilai kemanusiaan diri kita terhadap nasib yang menimpa manusia lain yang tidak bernasib baik atau mereka yang ditimba musibah yang melibatkan kelaparan ekoran dari kekurangan makanan dan minuman. Puasa mendidik kita menjadi manusia yang sentiasa perihatin dan peduli kepada golongan manusia yang kurang bernasib baik. Marilah kita mengambil keberkatan bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan meningkatkan amal ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.Sempena menjelangnya Aidil Fitri marilah kita memohon ampun dan maaf khususnya kepada kedua ibubapa yang telah banyak berjasa kepada kita. Bagi mereka yang...

Saturday, September 4, 2010

Bersama ADUN Skudai di Bazar Ramadhan Pekan Gelang Patah

Pada hari Ahad 29 Ogos, 2010, bermula jam 5.00 petang Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad, yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Gelang Patah bersama dengan YB Dr. Boo Cheng Hau (Adun Skudai) dengan disertai oleh Hj. Musa Wahab (NYDP PAS Gelang Patah) telah mengedarkan sejumlah 300 bungkusan bubur lambuk kepada pengunjung dan juga peniaga Bazar Ramadhan Pekan Gelang Patah, di Taman Nusa Perintis. Bendera kereta juga diedarkan sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia kali yang ke-53 di samping edaran akhbar Sinar Harian percuma edisi Ahad 29 Ogos 2010 yang memuatkan temu bual ekslusif dengan YB Dr. Boo...

Edaran Bantuan Hari Raya kepada Penduduk Taman Desa Paya Mengkuang Gelang Patah

Pada hari Sabtu, 28 Ogos, 2010 jam 5.00 petang Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Nusajaya, Hj. Dzulkefly bin Hj. Ahmad bersama dengan PAS Kawasan Gelang Patah telah mengedarkan bantuan hari raya di Taman Desa Paya Mengkuang, Gelang Patah. Lebih daripada 15 keluarga telah menerima bantuan hari raya dalam bentuk beras dan wang tunai. Turut serta dalam program tersebut adalah Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor iaitu Dato’ Dr Chua Jui Meng. Penyelia PAR Zon Nusajaya dan Dr Chua sempat mendengar aduan En. Rosli, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Desa Paya Mengkuang mengenai nasib 53 orang penduduk taman tersebut yang telah menerima notis...

Pages 191234 »
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More